Podcast CAMBAH Siri 1 - TVET Pertanian : Masa Depan Agromakanan
TVET Pertanian memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor agromakanan.
.
Dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global, perubahan iklim dan peningkatan kos pengeluaran, bidang TVET pertanian menjadi platform strategik untuk melahirkan generasi agropreneur moden yang berkemahiran dalam teknologi pertanian, penternakan, mekanisasi dan inovasi makanan.
.
Melalui latihan teknikal dan pendidikan berasaskan industri, TVET bukan sahaja membuka peluang kerjaya kepada golongan muda, malah membantu meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara secara mampan.
Ikut :
www.facebook.com/cambahDOA