World Military Info

DISCLAIMER ! All information is taken from open sources such as google, blogs and others. We only change the form of broadcast from text to video form. You can see the source information below the video description, credit to the original source.Thank You.

Like,Share & Subscribe and support!Come On Malaysian!


WORLD MILITARY INFO

"Berlagak Kuat Tapi Kena Lauk, 24 Dron Elit AS Hancur Dikerjakan Iran Sebelum Rundingan Bermula"

Bayangkan berbilion dolar wang cukai rakyat hangus menjadi debu di udara, dan kini si pembuli dunia terpaksa datang ke meja rundingan dengan muka tebal menahan malu.

Tuan-puan, jika ada yang menyangka Amerika Syarikat datang ke Islamabad dengan posisi sebagai abang besar yang berkuasa mutlak, anda sebenarnya tersilap percaturan.

Laporan terbaharu daripada saluran CBS News yang dipetik melalui Al Mayadeen telah mendedahkan satu tamparan fizikal yang amat memalukan buat angkatan Tentera Udara blok penjajah tersebut.

Sepanjang pertembungan sengit dengan tentera Iran baru-baru ini, pihak tentera AS telah kehilangan sebanyak 24 buah dron tempur canggih jenis MQ-9 Reaper.

Satu angka kerugian yang amat tidak masuk akal memandangkan setiap satu dron tersebut bernilai puluhan juta dolar.

Akan tetapi, keaiban kem Amerika tidak terhenti setakat itu sahaja.

Iran turut disahkan berjaya memusnahkan sebuah pesawat peninjau elit jenis MQ-4C Triton milik tentera AS yang dianggarkan bernilai lebih 250 juta dolar.

Kesemua aset pertahanan mega kebanggaan Washington ini jatuh menyembah bumi ibarat lalat yang ditepuk mati oleh teknologi ketenteraan armada Tehran.

Oleh sebab itulah kita melihat wakil elit Iran melangkah masuk ke meja rundingan di Pakistan pada hari ini dengan gaya yang sangat tenang dan kepala yang tegak.

Sebaik sahaja tiba di ibu kota tersebut, Speaker Parlimen Iran iaitu Mohammad Bagher Ghalibaf telah melepaskan satu das tembakan amaran secara lisan buat Timbalan Presiden AS, JD Vance.

Apabila ditanya mengenai prospek perdamaian, jawapan Ghalibaf amat tajam, sinis, dan makan dalam.

Beliau menegaskan bahawa pihak Iran sentiasa bersedia untuk mencapai persetujuan, asalkan Amerika benar-benar mahu membuat perjanjian yang rasional dan memulangkan hak rakyat mereka.

Sungguhpun begitu, Ghalibaf melontarkan satu realiti yang sangat pahit untuk ditelan oleh delegasi barat yang duduk di hadapannya.

"Kami mempunyai niat baik, tetapi kami langsung tidak mempunyai kepercayaan terhadap kalian," ujar beliau dengan nada yang amat keras.

Tuan-puan, sejarah panjang perundingan antara Tehran dan Washington sememangnya sering kali diwarnai dengan siri pengkhianatan berdarah.

Ghalibaf mengingatkan dunia bahawa dalam masa kurang daripada setahun, Amerika telah dua kali menikam mereka dari belakang.

Di tengah-tengah proses perbincangan yang sedang berjalan pada waktu itu, pihak pakatan barat dengan kejamnya masih berani melancarkan serangan sasar dan membiayai pelbagai kempen jenayah perang ke atas umat Islam.

Ini adalah catur realpolitik yang sangat kotor yang acap kali dimainkan oleh pelindung utama rejim Z di Tololviv tersebut.

Mereka sengaja menggunakan alasan meja rundingan untuk mengaburi mata masyarakat antarabangsa, sedangkan di belakang tabir, proksi kesayangan mereka iaitu Setanjahat terus-menerus menyembelih nyawa yang tidak berdosa di wilayah G dan P.

Bukan rahsia lagi bahawa kumpulan pejuang H dan Houtheeee juga sedang memerhatikan kelicikan kem Amerika ini dengan penuh teliti.

Rundingan di Islamabad ini pada hakikatnya bukanlah medan pihak barat untuk menunjuk kuat.

Sebaliknya, ia adalah percubaan terdesak mereka untuk menghentikan kejatuhan lebih banyak dron dan menyelamatkan nyawa serta ekonomi si pengganas Isbiol yang sedang makin tenat.

Sama-sama kita saksikan adakah sang penjajah ini akhirnya terpaksa menundukkan ego mereka di meja rundingan, ataupun mereka akan terus bongkak memilih jalan kehancuran mutlak.


Artikel : Mazlan Syafie

___

Bagi mereka yang mahu melihat kebenaran di sebalik topeng hegemoni empayar Barat, buku Amerika Penguasa Dunia Baharu adalah 1 naskhah yang wajib dimiliki. Karya agung ini membedah segala rahsia licik dan percaturan geopolitik Washington yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat umum. Dapatkan segera buku ini melalui pautan di ruangan komen untuk menajamkan lagi daya fikir geopolitik anda.

Webstore TP: https://bit.ly/40xXXb8
Shopee: https://s.shopee.com.my/9ACN9jlzjn

1 month ago | [YT] | 254

WORLD MILITARY INFO

SEDIKIT KISAH

Kehilangan yang disahkan bagi Tentera Udara A.S. dalam perang dengan Iran termasuk pesawat pejuang, dron dan helikopter yang rosak atau ditembak jatuh, serta pesawat yang musnah di darat. Beberapa F-15E Strike Eagle, sebuah A-10 Thunderbolt II dan sebuah F-35 Lightning II telah hilang akibat pertahanan udara Iran atau tembakan sendiri.


Selain itu, sebuah E-3G Sentry dan beberapa KC-135 Stratotanker telah musnah atau rosak dalam serangan atau perlanggaran. Secara keseluruhan, terdapat juga laporan kehilangan 17 MQ-9 Reaper serta beberapa helikopter pelbagai jenis, sebahagiannya dalam misi penyelamatan yang gagal.


Infografik menunjukkan jumlah kehilangan yang lebih tinggi bagi CH-47 Chinook dan HH-60 Pave Hawk, namun setakat ini hanya satu dan dua kes masing-masing telah disahkan.

Source : MilitaryNewsEN


Video : https://youtu.be/-qROcmgzeDk

1 month ago | [YT] | 79

WORLD MILITARY INFO

Penganalisis tentera Israel,Avi Ashkenazi:

Ngauman singa telah bertukar menjadi lolongan kucing selepas impian Netanyahu dan Trump dihancurkan oleh Iran.

1 month ago | [YT] | 59

WORLD MILITARY INFO

Berlaku pada masa yang sama?

Video : https://youtu.be/GKUeQF-HREE

1 month ago | [YT] | 29