Smart Audio Music

Smart Audio Music Malaysia


Smart Audio Music

Malam ini akan premier bacaan Surah Al-kahfi. tepat jam 8 mlm

Terdapat 4 kisah yang dsebutkan melalui surah Al-Kahfi iaitu:

i) Kisah penghuni gua – Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.



ii) Kisah 2 pemilik kebun – Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.



iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.



iv) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj – Mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah SWT.



Setiap kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

AYUH AMALKAN SURAH ALKAHFI :)

2 years ago (edited) | [YT] | 6

Smart Audio Music

Bulan lepas kita menyambut bulan kelahiran nabi, bulan ini pula penuh dengan isu Palestin. Ayuh terus bersama Palestin! Allah dan rasulNya bersama kita.

2 years ago | [YT] | 6