Air Times News Network

Malaysian Military and Defense Resources. For advertisement and enquiry, contact us: news@airtimes.my


Air Times News Network

Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway dan syarikat terlibat susulan pembatalan lesen eksport Naval Strike Missile (NSM), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.



Beliau berkata Malaysia sedang bergerak ke hadapan dan meneroka penyelesaian alternatif bagi keperluan pertahanan negara.



Namun, tegasnya, bergerak ke hadapan tidak bermaksud melupakan atau menerima tindakan Norway tanpa akauntabiliti.



Menurut Mohamed Khaled, pembatalan eksport NSM bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan, malah turut menjejaskan masa, peluang dan perancangan pertahanan negara.



#AirTimes #malaysia #pertahanan #NSM



Berita penuh: www.airtimes.my/2026/06/01/nsm-malaysia-berhak-tun…

4 hours ago | [YT] | 82

Air Times News Network

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.



Titah itu disampaikan semasa Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.



Baginda turut mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam negara, selain menyeru semua pihak menghayati Rukun Negara sebagai pegangan hidup demi perpaduan dan kestabilan negara.



#AirTimes #malaysia



Berita penuh: www.airtimes.my/2026/06/01/tidak-layak-digelar-war…

13 hours ago | [YT] | 233

Air Times News Network

Setiausaha Pertahanan India, Rajesh Kumar Singh berkata perjanjian pembekalan peluru berpandu BrahMos kepada Vietnam telah ditandatangani, manakala rundingan dengan Indonesia berada di peringkat akhir.



Kedua-dua negara ASEAN itu bakal mengikut jejak Filipina dalam perolehan peluru berpandu kruis dari India.



#AirTimes #India #Brahmos #Indonesia #Vietnam



Berita penuh: www.airtimes.my/2026/05/31/vietnam-dan-indonesia-b…

1 day ago | [YT] | 73

Air Times News Network

Pembatalan eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway akan menjadi kecacatan kekal dalam hubungan Malaysia-Norway, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.



Menurut Mohamed Khaled, permohonan maaf Norway tidak memadai apabila keputusan itu dibuat secara unilateral, lewat dimaklumkan dan tiada usaha jelas membantu Malaysia mendapatkan semula bayaran yang telah dibuat.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan Norway akan menjadi pengajaran kepada Malaysia dalam menilai negara mana yang benar-benar ikhlas dan tulen dalam hubungan antarabangsa.



#AirTimes #malaysia #pertahanan #NSM



www.airtimes.my/2026/05/31/khaled-pembatalan-nsm-o…

1 day ago | [YT] | 180

Air Times News Network

Selepas Norway membatalkan penjualan misil NSM kepada Malaysia, perhatian kini beralih kepada Amerika Syarikat sebagai laluan alternatif. Namun, persoalan paling penting ketika ini ialah sama ada pertemuan antara Mohamed Khaled dan Pete Hegseth benar-benar mampu menghasilkan keputusan konkrit.

#AirTimes #Malaysia #NSM

Artikel penuh: www.airtimes.my/2026/05/30/talian-hayat-as-kemelut…

2 days ago | [YT] | 169

Air Times News Network

Pembatalan perolehan NSM dilakukan Oslo kerana mereka menghadkan penjualan kepada negara rakan dan sekutu sahaja.



Namun, ketidaktentuan politik global dan tekanan blok kuasa besar menjadikan pergantungan kepada satu sumber Barat semakin dipersoalkan.



Keadaan ini menyebabkan timbul perbincangan sama ada Malaysia perlu mula meneroka pembekal bukan Eropah bagi mengurangkan risiko sekatan atau kelewatan bekalan ketika konflik.



Dalam senario tersebut, China muncul berpotensi sebagai antara negara yang dilihat berupaya membantu dalam tempoh singkat, khususnya dari segi penghantaran sistem persenjataan dan sokongan logistik.



#AirTimes #Malaysia #pertahanan #Kolumnis



Rencana penuh: www.airtimes.my/2026/05/25/kolumnis-china-sebagai-…

1 week ago | [YT] | 208

Air Times News Network

Kapal Misi Pesisir Batch 2 pertama TLDM dinamakan TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL. Pemilihan nama ini merupakan penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.



Pemilihan dibuat bagi mengabadikan keberanian, ketabahan dan semangat juang Almarhum.



#AirTimes #malaysia #pertahanan #LMSB2 #TLDM



Berita penuh: www.airtimes.my/2026/05/24/kapal-lmsb2-pertama-tld…

1 week ago | [YT] | 347

Air Times News Network

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Amerika Syarikat terlibat melalui sekatan berkaitan ITAR. Tetapi selepas Kedutaan Amerika Syarikat menafikan campur tangan Washington, tumpuan kini kembali beralih kepada Oslo.



Jika AS tidak terlibat, Norway perlu menjawab mengapa kontrak yang sudah berjalan lama boleh terhenti ketika Malaysia sudah memenuhi sebahagian besar obligasi.



#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #NSM #Diskusi



Rencana penuh: www.airtimes.my/2026/05/22/pembatalan-nsm-as-norwa…

1 week ago | [YT] | 296

Air Times News Network

Leftenan Jeneral Datuk Haji Fazal Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang baharu dalam majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas yang disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Datuk Malek Razak Sulaiman.



Beliau sebelum ini merupakan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan di Markas ATM dan pernah memegang beberapa jawatan strategik termasuk Panglima 2 Divisyen Infantri serta Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.



#AirTimes #Malaysia #pertahanan



Berita penuh: www.airtimes.my/2026/05/22/fazal-ketua-pengarah-pe…

1 week ago | [YT] | 232

Air Times News Network

Lawatan Agong ke Rusia menarik perhatian selepas Baginda menyaksikan demonstrasi Su-57E di Zhukovsky.



Paparan itu membuka semula perbincangan mengenai MRCA TUDM.



#AirTimes #Malaysia #TUDM #Diskusi



Artikel penuh: www.airtimes.my/2026/05/19/lawatan-agong-rusia-spe…

1 week ago | [YT] | 262