Mahersaham sudah mula diwujudkan sejak penghujung tahun 2015, sebagai satu platform untuk orang ramai mudah belajar saham.
.
Maher Alias, pengasas Mahersaham juga adalah seorang remisier berdaftar dengan Malacca Securities Sdn Bhd atau Mplus.
.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
.
Boleh klik di bawah atau dekat description.


Mahersaham

Cukup-cukuplah nak ikut trend semasa atau follow kawan

2 years ago | [YT] | 21

Mahersaham

Nampaknya meletup video pasal IPO cloudpoint… memang ramai berminat nak belajar pasal IPO ke? Kenapa?

3 years ago | [YT] | 10

Mahersaham

Takaful Ambil, Tapi Tak Tahu Ada Takaful di Bursa?

www.mahersaham.com/takaful-ambil-tapi-tak-tahu-ada…

4 years ago | [YT] | 7

Mahersaham

Sekarang telah wujud pelbagai mata wang digital iaitu mata wang kripto (Cryptocurrency). Antara aset digital ini merangkumi Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Bitcoin merupakan aset pertama dalam bentuk mata wang kripto, menjadikannya aset yang paling popular.

Ia dihasilkan melalui proses mining dan mengambil masa yang amat panjang menggunakan peralatan komputer.


Baca disini
www.mahersaham.com/luno-aset-digital-patuh-syariah…
www.mahersaham.com/luno-aset-digital-patuh-syariah…
www.mahersaham.com/luno-aset-digital-patuh-syariah…

4 years ago | [YT] | 24

Mahersaham

📌 Video Terbaru : Cara Nak Kira Dividen Yield

https://youtu.be/pJUTVE1vw6s

4 years ago | [YT] | 4

Mahersaham

BigPay diperkenalkan oleh Air Asia iaitu Tony Fernendes sebagai salah satu cara orang ramai dapat berbelanja secara cashless seperti E-wallet.

Yang menariknya BigPay merupakan kad prepaid Mastercard, sama fungsinya seperti kad kredit yang boleh digunakan untuk pelbagai pembayaran termasuk secara Online, Paywave dan nombor Pin.

BigPay juga memudahkan anda mengawal perbelanjaan bulanan kerana hanya perlu topup jumlah perbelanjaan yang anda telah rancang sahaja.

Kemudian duit lebihan lain boleh asingkan sebagai simpanan.

Sebagai contoh, selepas buat kira-kira kos perbelanjaan bulanan anda RM700 katakan.

Jadi anda hanya perlu topup duit belanja RM700 tadi di App Bigpay untuk kegunaan harian. Dan duit selebihnya adalah untuk simpanan.

www.mahersaham.com/kad-bigpay-prepaid-mastercard/

4 years ago | [YT] | 19

Mahersaham

Jom tengok video terbaru saya. Klik like komen dah share gais

https://youtu.be/MMK-qld7Vps

4 years ago | [YT] | 4

Mahersaham

Alhamdulillah semalam selesai KELAS SAHAM FOR NEWBIES untuk bulan OGOS. Tahniah 1700+ yang telah hadir. Anda terlepas ? Jom daftar untuk sesi september. Percuma je . Terus ke mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…

4 years ago | [YT] | 30

Mahersaham

Hari ini adalah hari terakhir untuk memohon IPO SENHENG di Miti

permohonan akan di tutup jam 12.30 tengahari

Baca detail di www.mahersaham.com/ipo-senheng-di-miti/

4 years ago | [YT] | 17

Mahersaham

5 NASIHAT WARREN BERJAYA DALAM PELABURAN✨
.
.
.
Semoga anda semua sihat selalu. Kali ini saya nak share tentang 5 nasihat dari Warren Buffett.
.
Bagi Trader, Warren Buffet mungkin salah seorang indivdu yang boleh dijadikan motivasi dalam dunia saham. Jom tengok apa warrant buffet berikan nasihat untuk Berjaya dalam pelaburan dan kehidupan.
.
1. Berfikir kehadapan
Warren buffet berkata jangan kita memilih sesebuah syarikat kerana prestasi sahaja. Tetapi mesti fikir lebih apa potensi syarikat itu ada untuk bersaing.
.
Zaman sekarang tidak sama macam zaman dahulu. Persaingan sengit. Jika kita leka sedikit kita akan ketinggalan.
.
Contoh kita ambil TAXI dan GRAB. Taxi cara Conventional. Grab datang dengan Teknologi. Menyelesaikan masalah orang yang sibuk.
.
Kita lihat grab permulaan sekadar bantu orang ramai untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Tapi sekarang banyk perkara ada dalam grab seperti boleh order makanan dan barang keperluan.
.
2. Tetap Teguh & Kuat
Pelaburan adalah satu profesion. Satu kerjaya. Mungkin di Malaysia belum sampai tahap itu lagi. Tapi di negara luar seperti US trader adalah satu kerjaya professional.

Jadi apa yang ingin disampaikan Warren Buffet adalah apabila loss jangan terus putus asa. Belajar dari silap tersebut.

Kalau anda kata trade ini mengarut. Asyik rugi aje. Orang yang berniaga pun ada juga untung rugi. Mereka mula bisnes bukan terus naik dan banyak perkara lagi mereka perlu fikir. Begitu juga trader.

Jadi teguh harungi. Jangan mengalah. Selagi ktia boleh perbaiki kesilapan disitu ada peluang yang besar untuk kita. Never Give Up.
.
3. Berkahwin Dengan Orang Yang Tepat
Nasihat ini nampak biasa tapi kesannya luar biasa. Kerana pasangan yang kita pilih itu kita akan habiskan masa bersamanya bertahun lamanya.

Pasangan kita itu boleh memberi kita motivasi dan semangat bila sesuatu berlaku. Memang jodoh itu rahsia Tuhan tetapi kita sebagai hambaNya perlu berdoa untuk mendapat jodoh yang baik serta tepat.
.
4. Melabur Keatas Diri Sendiri
Maksudnya kita perlu belajar. Selalu dengar orang kata labur untuk ilmu dahulu. Betul.

Saya percaya ramai yang baru nak mula. Saya tidak berani janji bulan dan bintang. Izinkan saya bantu anda dengan percuma. Saya cuba ajar anda dari Asas sehingga Advance segala ilmu yang saya tahu. Percuma tiada gula-gula. Anda tidak perlu bayar satu sen pun.
.
Daftar di
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
.
5. Duit Bukan Segala-galanya
Bunyi macam pelik. Warren Buffet antara orang terkaya tapi beliau kata duit bukan segala-galanya.

Rilek. Disini Warren ingin tekankan kita bukan kejar duit sampai mengabaikan keluarga dan anak-anak. Kerana mereka itu adalah permata yang lagi bernilai dari wang ringgit.

Sekarang ramai yang kejar duit sampai keluarga terabai dan berlaku masalah keluarga

***********

Inilah 5 nasihat dari Warren Buffet. Tidak salah kita dengar dan ambil sebagai positif. Mungkin sedikit sebanyak boleh memberi semangat dan motivasi kepada diri kita.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa komen jika anda belajar sesuatu.
Saya nak berikan kelas PERCUMA untuk yang baru nak mula belajar saham. Daftar di
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
mahersaham.onpay.my/order/form/kelas_asas_saham_20…
.
KELAS ini 100% Tajaan Bursa Malaysia-i
Daftar dan hadir sahaja
Jumpa anda nanti
#Maheralias
#Mahersaham
#Saham
#BursaMalaysia

4 years ago | [YT] | 28