Tips Beli Rumah Pertama - @danny.properties

Property Consultant🏡 | Emcee Majlis Kahwin 🎤
Anda nak jual rumah, tapi tak tahu nak letak harga berapa?

Semak Harga Rumah Secara PERCUMA Sekarang👇🏻

012-9265049


Tips Beli Rumah Pertama - @danny.properties

Ramai orang impikan rumah sendiri… tapi tak sangka, rumah pertama boleh jadi mimpi ngeri 😩 Jom tengok 5 sebab kenapa ramai menyesal beli rumah pertama yang salah! #tipsbelirumahpertama

8 months ago | [YT] | 0

Tips Beli Rumah Pertama - @danny.properties

Awak baru berkahwin TETAPI belum ada panduan praktikal beli rumah pertama ❓

.

3 TIPS BELI RUMAH UNTUK YANG BARU KAHWIN
.

🏡 1. Tentukan Bajet & Lokasi Sesuai

.

Saya bagi contoh senang..

.

Harga Rumah: Gunakan formula mudah: Ansuran Bulanan × 200 = Harga Rumah Maksimum. Contohnya, jika mampu bayar RM1,000 sebulan, harga rumah maksimum adalah RM200,000.

.

Lokasi: Better awak pilih kawasan yang dekat dengan...

.

TEMPAT KERJA ‼️

.

tidak lupa yg berdekatan dengan kemudahan awam seperti kedai runcit, pengangkutan awam, sekolah, dan restoran untuk memudahkan kehidupan seharian.

.

💰 2. Semak Kelayakan Kewangan & Pinjaman
Debt Service Ratio (DSR): Pastikan DSR awak di bawah 60% jika bergaji bawah RM3,000.

.

DSR yang tinggi boleh menyukarkan kelulusan pinjaman.

.

Pernah dengar Skim Pembiayaan ❓

.

Skim Rumah Pertamaku (SRP): adalah Untuk '1st time home buyers' dengan gaji bawah RM5,000, menawarkan 100% pembiayaan tanpa bayaran pendahuluan.

.

LPPSA: Untuk penjawat awam, menawarkan kadar faedah kompetitif dan pembiayaan sehingga 100%.

.

Rekod Kredit JANGAN LUPA‼️ Semak laporan CCRIS dan CTOS untuk memastikan tiada rekod hutang tertunggak. Rekod bersih meningkatkan peluang kelulusan pinjaman.

.

🧾 3. Sediakan Dokumen & Kos Tambahan
Dokumen Diperlukan:

.

HITAM PUTIH NI PENTING☝️

.

Iaitu Slip gaji, penyata KWSP, penyata cukai, & dokumen berkaitan komitmen kewangan lain.

.

Kos Tambahan:

.

Duti setem, yuran guaman, yuran penilaian, dan insurans MRTA/MLTA. Pastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 10-15% daripada harga rumah untuk kos ini.

.

Jangan Lupa, ada projek yang anak muda boleh beli dekat bandar juga. Lagi-2 KL.

.

Kalau tak ada idea nak beli projek mana, PM tepi.. kita borak fakta & data ok? pastu borak hartanah 🏡

.

Join Channel Rumah-2 PALING MURAH 👇🏻

t.me/dannypropertymart

.

🏡Tidak Terlambat Untuk Belajar Hartanah Bersama 👉🏻www.tiktok.com/@danny.properties 🇲🇾

#gengmakangaji
#tipsbelirumahpertama

1 year ago | [YT] | 0