1. Mesyuarat Khas Perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) telah sempurna dilaksanakan pada Sabtu, 20 Jun 2026. Mesyuarat sebulat suara bersetuju penjenamaan semula dengan Wawasan Negara dipilih sebagai nama baharu parti.
2. Sehubungan itu, saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional atas kepercayaan menerima Parti Wawasan Negara sebagai parti anggota dalam Perikatan Nasional.
3. Keputusan ini membuka lembaran baharu bukan sahaja kepada Wawasan Negara, malah kepada usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional selaku gabungan yang semakin diyakini rakyat untuk memimpin Malaysia.
4. Penyertaan Wawasan Negara juga menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada Perikatan Nasional terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan yang berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan.
5. Sebagai parti berwajah Malaysia, Wawasan Negara membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.
6. Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir.
ππππβ ππππ ππππππ ππππππππ Ketua Pembangkang 23 Jun 2026, Kuala Lumpur
Sebenarnya DAP Kota Melala pon satu, sepatutnya jangan lah awal awal hentam PAS isu tukar ketua pembangkang dan "backup" Bersatu seolah olah Bersatu tiada laskar sendiri untuk pertahan Presiden Bersatu sendiri!
Sampai DAP selaku "2nd largest single party" dalam Parlimen terpaksa hantar prebet MP Kota Melaka daripada DAP untuk serang PAS sewenang wenangnya.
Pertama ia disahkan ikut peraturan dewan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Khalas!
Kedua Mantan Ketua Pembangkang sendiri bangun tadi semasa sesi tanya jawab soalan MP Kemaman iaitu YAB Dato' Seri Ir Ts Dr Ahmad Samsuri sendiri bangun dan 'mengusik' Speaker dan MP Larut bahawa ucapan tahniah dan benarkan disebut beliau Ketua Pembangkang walaupon sekejap.
Tenang dan lagak 'gentlemen' betul Dr Sam ni!
Aku tengok live tadi siap Hamzah kat tepi duk senyum sambil ajuk kat Dr Sam kerana memuji Hamzah dan 'sengaja' sebut isu Ketua Pembangkang sementara.
Ketua WHIP MP Kota Bharu 'Sang Algojo' Datuk Seri Takiyuddin bangun semasa sesi giliran soal jawab membetulkan bahawa MP Larut bukan bebas sebaliknya ahli sebuah parti politik berdaftar.
Nah maka aku lihat selesai lah polemik Ketua Pembangkang ni kerana MP Kota Bharu menggunakan istilah 'Barisan Pembangkang!' Maka jika majoriti pembangkang setuju MP Larut mengetuai Ketua Pembangkang maka tidak timbul lagi isu buli membuli.
Tiada siapa membuli atau siapa dibuli ya duhai Kota Celaka! Eh Kota Melaka maafkan saya.
Nah soalan seterusnya sidang yang lepas MP Kota Melaka acapkali bangun pertikai dan persoal mana menantu Pagoh mana menantu Pagoh!
16 hari sidang berbaki kali ini saya cadangkan setiap hari berpeluang, MP Kota Melaka wajib tanya mana menantu Pagoh agar kita nak uji adakah MP MP Barisan Pembangkang akan pertahankan dan lawan provocative MP Kota Melaka DAP ni?
Baru menarik kan?
Kita tengok apa jadi adakah DAP berani tanya dan desak mana menantu Pagoh?
Atau sebenarnya DAP sudah kawtim vs terus mahu bermain main porak peranda Barisan Pembangkang?
Tenang & Sod Ba Ro Bro SK 22 Jun 2026 Saya menantu Arwah Sarjuni!
Hipokrit Anwar Ibrahim & DAP Madani, Sketsa Derhaka Level Tertinggi?
Bila Tengku Mahkota Pahang tegur dia balas tak faham makro ekonomi.
Bila Sultan Selangor tak nak ladang babi dia sanggah dan balas jangan bina di kawasan gelisah penduduk.
Bila pemahsyuran Yang Dipertuan Besar ke-12 dilakukan secara sah dan ikut adat oleh 4 Dato' Undang & Tunku Besar Tampin, dia selamba kata respond tetap iktiraf Yang Dipertuan Besar ke-11 dan masuk campur hal adat dan raja raja melayu.
Nah bila TMJ anak raja Johor bersuara tegur kerajaan persekutuan penyebab bocor di Johor, ada juak juak dia kata itu tahun 2018 lah, kalau pandai pandai komen masuk politik lah, ada lagi biadap kata itu sebab tak dapat projek lah.
Itu bab biadap dengan Raja Raja Melayu.
Nah Pimpinan DAP lagi syok langgar perlembagaan negara dengan sanggah pembinaan Masjid di TRX. Siapa sanggah? Si Chauvanist Pimpinan DAP!
Ada Senator DAP bagai kaduk naik junjung pertikai kewajaran program dakwah untuk Mualaf di UPSI!
Ini semua terang terangan melanggar dan melawan Sumpah Yang Dipertuan Agong perkara 37 Perlembagaan Negara!
Agong bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi akan menjaga agama Islam setiap masa di atas Tanah Air ini!
Ya SETIAP MASA!!! Pi lah google Perlembagaan perkara 37!!!
Regim Madani ni daripada atas sampai ke bawah semua KAKI DERHAKA & LAWAN PELAKSANAAN SYIAR ISLAM terang terangan!!!
Masih nak bersangka baik dengan Pakatan Harapan DAP?
Sudah sudah lah insaf muhasabah dan ISTIQAMAH lawan puak puak ni!
"Datuk Seri, nak minta izin serahkan Harakah kat Datuk Seri!", ujar aku meminta izin.
Senyum lebar YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin bila melihat aku terkebil kebil meminta izin nak buat serahan tanda simbolik Harakah di dalam majlis penubuhan Parti Wawasan Negara.
"Ni boleh ke saya pakai vest ni (PN) Datuk Seri? mujur tak kena halau dengan budak budak Datuk Seri tadi!", aku mengusik sosok Ketua Pembangkang Malaysia ni.
Gelak kami dan semua yang hadir. Kak Noora Muhammad saksi depan depan tadi.
Turut menyaksikan tadi ada YB Dato' Mas Ermieyati Samsudin pimpinan lain yang hadir!
Yer lah dalam situasi politik yang rencam dan getir, adalah menjadi suatu kemestian para politikus mengatur strategi hendak bersama dengan kawan dan siapa hendak dijadikan lawan!
Saat ini umum sudah mengetahui pendirian PAS bagaimana PAS bertindak dalam mengatur hubungan politik dan menentukan bagaimana PAS Perikatan Nasional bergerak!
Dari awal lagi kalau korang perasan pendirian PAS melalui kalam kalam ucapan YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS bahawa menyatukan parti parti melayu yang hendak bersama juga parti bukan melayu yang tidak ekstrim termasuklah NGO NGO dan NGI.
Itu pendirian rasmi PAS yang diguna sebagai panduan asas agar rakyat faham kenapa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah penuh berstrategi!
Terima kasih YB Datuk Seri Ketua Pembangkang terus utuh mempercayai Harakah sebagai satu wadah akhbar dan portal berita yang menjadi rujukan rakyat Malaysia yang mendambakan berita dan sisi pemberitaaan yang telus dan berani!
Oh ya saya hadir hantar surat khabar sahaja tadi dan edarkan Harakah ke semua ahli ahli Parti Wawasan Negara.
Semalam bila kami diberi penghormatan untuk bersama dengan Tuan Azlan Johar personaliti sukan negara, bekas pemain bola sepak kebangsaan, ada sijil kejurulatihan dan pengalaman luas dalam kejurulatihan dan pengalaman hampir 20 tahun menjadi pengulas bola sepak.
Semalam aku sampai awal di lokasi oertemuan sebuah restoren Chinse Muslim di kawasan Sunway.
Abang lan dan sehabat beliau abang azmi sampai awal juga mereka orang ke-2 dan ke-3 selepas aku.
Ini bermakna abang lan ni sedang menunjukkan karektor orang berdisiplin dan bekas atlet yang berdedikasi.
"Assalamualaikum Tuan Azlan kan? Saya Suffi daripada Harakah", aku menyapa.
"owh ya ya, abang lan jer. Sesi kita ni buat situ ek?", tanya abang lan berbasa basi.
Kami duduk di meja yang berdekatan di ruang meja yang ditempah oleh Dato' Muqharabbin Mokhtarrudin terlebih dahulu kerana penganjur blom sampai masa tu.
Jadi datang awal ni ada aku, Abang Lan dan Abang Azmi (sahabat baik abang lan).
Aku terus kepada maudhuk perbincangan dan sembang santai dulu.
"Bang lan ok ke? macam mana bang dapat perhatin satu Malaysia kes abang lan ni?", tanya aku berbasa basi.
Sejujurnya Azlan Johar ni bukan politikus atau cita cita nak berpolitik dalam PAS.
Beliau bekas pemain bola sepak kebangsaan yang sempat sezaman dengan Mokhtar Dahari bermain sekali.
Abang lan sempat ceritakan bahawa Tuan Haji Zainal Abidin Raof sempat berikan satu fakta atau sejarah pengulas sukan kepada Abang Lan bahawa beliau bermula tahun 2006 mengulas Liga Bola Sepak Berbahasa Inggeris (EPL) maza tu ada 2 edisi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Astro jadi Abang Lan mengemudi mengulas dalam Bahasa Melayu.
Ada satu lagi perkara menarik dan ia sejarah yang dikongsi iaitu beliau pernah berpengalaamn menjadi jurulatih pasukan T Team yang mana Abang lan menjadi saksi hidup dan saksi mata insiden orang VVIP menumbuk pemain beliau insiden dalam terowong.
Nah maksudnya sosok Azlan Johar ni sebenarnya berbakat dan berpengalaman bukan sahaja bekas pemain bola sepak kebangsaan, bahkan ada sijil diakui kejurulatihan dan pengulas sukan bola sepak antarabangsa dan Piala Dunia.
"Abang lan ingat dah 3 atau 4 Piala Dunia Abang lan dah bekerja mengulas, ini memang kerja yang kita suka buat!", ujar Abang Lan jujur.
Soal Kontrak Pengulas Piala Dunia
Ini juga diluahkan secara terperinci dan begitu lah sikap jujur dan bersungguh insan bernama Azlan Johar ni.
Bila tawaran melalui whatsapp dan kemudian Abang Lan telefon memberi makluman pengesahan komitmen beliau, pihak penyelaras Piala Dunia RTM siap berikan jadual penuh 9 game yang Abang Lan akan bersama sama Dato' Dollah Salleh.
Aku tengok sendiri jadual tu banyak lah nama nama lain (partner pengulas), dan memang nama Azlan Johar dan Dollah Salleh digandingkan dalam satu jadual yang telah disusun rapi sepanjang jadual perlawanan.
Ceritanya bila hari kejadian (Sabtu) dimana beliau hadir menerima sijil keahlian PAS bersama sama 14 lagi penerima yang lain, beliau meminta izin bergerak awal kerana beliau perlu ke Angkasapuri untuk persediaan lebih awal mengulas perlawanan pertama yang beliau dijadualkan untuk mengulas iaitu Brazil vs Maghribi.
Abang lan bercerita yang dia siapkan nota yang dibuat kajian untuk kedua dua pasukan Brazil vs Maghribi bahkan abang lan berkongsi cerita yang Dato' Dollah Salleh pon gunakan nota nota yang dibuat oleh Abang Lan sebagai panduan mengulas.
Hakikatnya bukan semua bekas pemain bola sepak kebangsaan ada kapasiti atau ada wibawa untuk mengulas dengan baik! Itu fakta!
Aku melihat satu sosok yang jujur dengan iltizam beliau dengan dunia bola sepak tanah air ini.
Kami anak muda hanya mampu mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan Abang Lan dalam menempuh hari hari mendatang apatah lagi abang lan masuk PAS secara kesedaran diri setelah bertahun tahun berkawan rapat dengan YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan Setiausaha Agong PAS da. kenal rapat ketika bersama sama dalam FAM.
Saya hanya ada satu pesanan sahaja daripada kisah Abang lan ni:
Orang hebat tidak pernah kisah apa orang nak jaya kat dia kerana dia tahu dia hebat dan mempunyai kualiti tersendiri.
Hanya mereka yang berasa "insecure" kerana mereka takut dengan bayang bayang sendiri dek kerana ada kuasa politik dan pengaruh.
Kita takutkan Allah dan percaya rezeki ini hanya datang daripada Nya!
Syabas dan tahniah Tuan Azlan Johar!
InshaAllah kita akan "collaborate" untuk projek projek dimasa mendatang!
PAS PERSOAL AZLAN JOHAR DIREHATKAN SEBAGAI PENGULAS SUKAN PIALA DUNIA KERANA SERTAI PAS
PAS melahirkan rasa dukacita apabila mendengar perkhabaran bahawa bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan sebagai Pengulas Sukan di RTM yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.
PAS ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan Johar ke dalam PAS sebagaimana yang diisytiharkan di Seremban pada 13 Jun 2026 yang lalu.
PAS berharap semua pihak yang berkaitan, termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.
PAS merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminat-peminat sukan tanah air.
Azlan Johar bukan hanya merupakan bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan kebangsaan sekitar tahun 1980-an, malah beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda.
Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak Kerajaan agar memastikan perkara seperti ini tidak berlaku dan berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara.
Terima kasih.
Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS. Bertarikh: 15 JUN 2026
SEBUAH perjalanan paling berani dan gila pernah aku tempuhi.
Dibelakang aku ada isteri dan 5 orang anak lanang yang masih kecil dan mereka tak tahu apa pengorbanan kita sebagai ibu bapa!
Meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi segala galanya, kita kena bergerak dengan bijak dan rasional perhitungan antara kepentingan perjuangan vs realiti kos kehidupan!
MAKA Allah taqdirkan lorongan melalui pintu pintun rezki tak terduga melalui kerja keras yang berfokus!
TAHUN Ke-2 sejak channel SK Studio berada di pentas politik tanah air!
Doakan dan bantu aku teman teman utuk capai 100K SUBSCRIBERS di tahun 2026 ini kelak!
Komen dibawah jika ada cadangan tambah baik!
Selebihnya aku titipkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan tak terhingga kepada semua teman teman!
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:
i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;
ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PASβBERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;
iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;
iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan
v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.
SK Studio
πππππππππ πππππ
πππππ πππππππππππ
1. Mesyuarat Khas Perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) telah sempurna dilaksanakan pada Sabtu, 20 Jun 2026. Mesyuarat sebulat suara bersetuju penjenamaan semula dengan Wawasan Negara dipilih sebagai nama baharu parti.
2. Sehubungan itu, saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional atas kepercayaan menerima Parti Wawasan Negara sebagai parti anggota dalam Perikatan Nasional.
3. Keputusan ini membuka lembaran baharu bukan sahaja kepada Wawasan Negara, malah kepada usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional selaku gabungan yang semakin diyakini rakyat untuk memimpin Malaysia.
4. Penyertaan Wawasan Negara juga menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada Perikatan Nasional terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan yang berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan.
5. Sebagai parti berwajah Malaysia, Wawasan Negara membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.
6. Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir.
ππππβ ππππ ππππππ ππππππππ
Ketua Pembangkang
23 Jun 2026, Kuala Lumpur
1 week ago | [YT] | 350
View 27 replies
SK Studio
PAS buli Bersatu vs DAP Soal Mana Menantu?
Sebenarnya DAP Kota Melala pon satu, sepatutnya jangan lah awal awal hentam PAS isu tukar ketua pembangkang dan "backup" Bersatu seolah olah Bersatu tiada laskar sendiri untuk pertahan Presiden Bersatu sendiri!
Sampai DAP selaku "2nd largest single party" dalam Parlimen terpaksa hantar prebet MP Kota Melaka daripada DAP untuk serang PAS sewenang wenangnya.
Pertama ia disahkan ikut peraturan dewan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Khalas!
Kedua Mantan Ketua Pembangkang sendiri bangun tadi semasa sesi tanya jawab soalan MP Kemaman iaitu YAB Dato' Seri Ir Ts Dr Ahmad Samsuri sendiri bangun dan 'mengusik' Speaker dan MP Larut bahawa ucapan tahniah dan benarkan disebut beliau Ketua Pembangkang walaupon sekejap.
Tenang dan lagak 'gentlemen' betul Dr Sam ni!
Aku tengok live tadi siap Hamzah kat tepi duk senyum sambil ajuk kat Dr Sam kerana memuji Hamzah dan 'sengaja' sebut isu Ketua Pembangkang sementara.
Ketua WHIP MP Kota Bharu 'Sang Algojo' Datuk Seri Takiyuddin bangun semasa sesi giliran soal jawab membetulkan bahawa MP Larut bukan bebas sebaliknya ahli sebuah parti politik berdaftar.
Nah maka aku lihat selesai lah polemik Ketua Pembangkang ni kerana MP Kota Bharu menggunakan istilah 'Barisan Pembangkang!' Maka jika majoriti pembangkang setuju MP Larut mengetuai Ketua Pembangkang maka tidak timbul lagi isu buli membuli.
Tiada siapa membuli atau siapa dibuli ya duhai Kota Celaka! Eh Kota Melaka maafkan saya.
Nah soalan seterusnya sidang yang lepas MP Kota Melaka acapkali bangun pertikai dan persoal mana menantu Pagoh mana menantu Pagoh!
16 hari sidang berbaki kali ini saya cadangkan setiap hari berpeluang, MP Kota Melaka wajib tanya mana menantu Pagoh agar kita nak uji adakah MP MP Barisan Pembangkang akan pertahankan dan lawan provocative MP Kota Melaka DAP ni?
Baru menarik kan?
Kita tengok apa jadi adakah DAP berani tanya dan desak mana menantu Pagoh?
Atau sebenarnya DAP sudah kawtim vs terus mahu bermain main porak peranda Barisan Pembangkang?
Tenang & Sod Ba Ro
Bro SK
22 Jun 2026
Saya menantu Arwah Sarjuni!
1 week ago | [YT] | 298
View 90 replies
SK Studio
Hipokrit Anwar Ibrahim & DAP Madani, Sketsa Derhaka Level Tertinggi?
Bila Tengku Mahkota Pahang tegur dia balas tak faham makro ekonomi.
Bila Sultan Selangor tak nak ladang babi dia sanggah dan balas jangan bina di kawasan gelisah penduduk.
Bila pemahsyuran Yang Dipertuan Besar ke-12 dilakukan secara sah dan ikut adat oleh 4 Dato' Undang & Tunku Besar Tampin, dia selamba kata respond tetap iktiraf Yang Dipertuan Besar ke-11 dan masuk campur hal adat dan raja raja melayu.
Nah bila TMJ anak raja Johor bersuara tegur kerajaan persekutuan penyebab bocor di Johor, ada juak juak dia kata itu tahun 2018 lah, kalau pandai pandai komen masuk politik lah, ada lagi biadap kata itu sebab tak dapat projek lah.
Itu bab biadap dengan Raja Raja Melayu.
Nah Pimpinan DAP lagi syok langgar perlembagaan negara dengan sanggah pembinaan Masjid di TRX. Siapa sanggah? Si Chauvanist Pimpinan DAP!
Ada Senator DAP bagai kaduk naik junjung pertikai kewajaran program dakwah untuk Mualaf di UPSI!
Ini semua terang terangan melanggar dan melawan Sumpah Yang Dipertuan Agong perkara 37 Perlembagaan Negara!
Agong bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi akan menjaga agama Islam setiap masa di atas Tanah Air ini!
Ya SETIAP MASA!!! Pi lah google Perlembagaan perkara 37!!!
Regim Madani ni daripada atas sampai ke bawah semua KAKI DERHAKA & LAWAN PELAKSANAAN SYIAR ISLAM terang terangan!!!
Masih nak bersangka baik dengan Pakatan Harapan DAP?
Sudah sudah lah insaf muhasabah dan ISTIQAMAH lawan puak puak ni!
Amar Makruf Nahi Munkar!
Khalas!
Tenang & Sod Ba Ro
Bro SK
21 Jun 2026
1 week ago | [YT] | 656
View 225 replies
SK Studio
"Datuk Seri, nak minta izin serahkan Harakah kat Datuk Seri!", ujar aku meminta izin.
Senyum lebar YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin bila melihat aku terkebil kebil meminta izin nak buat serahan tanda simbolik Harakah di dalam majlis penubuhan Parti Wawasan Negara.
"Ni boleh ke saya pakai vest ni (PN) Datuk Seri? mujur tak kena halau dengan budak budak Datuk Seri tadi!", aku mengusik sosok Ketua Pembangkang Malaysia ni.
Gelak kami dan semua yang hadir. Kak Noora Muhammad saksi depan depan tadi.
Turut menyaksikan tadi ada YB Dato' Mas Ermieyati Samsudin pimpinan lain yang hadir!
Yer lah dalam situasi politik yang rencam dan getir, adalah menjadi suatu kemestian para politikus mengatur strategi hendak bersama dengan kawan dan siapa hendak dijadikan lawan!
Saat ini umum sudah mengetahui pendirian PAS bagaimana PAS bertindak dalam mengatur hubungan politik dan menentukan bagaimana PAS Perikatan Nasional bergerak!
Dari awal lagi kalau korang perasan pendirian PAS melalui kalam kalam ucapan YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS bahawa menyatukan parti parti melayu yang hendak bersama juga parti bukan melayu yang tidak ekstrim termasuklah NGO NGO dan NGI.
Itu pendirian rasmi PAS yang diguna sebagai panduan asas agar rakyat faham kenapa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah penuh berstrategi!
Terima kasih YB Datuk Seri Ketua Pembangkang terus utuh mempercayai Harakah sebagai satu wadah akhbar dan portal berita yang menjadi rujukan rakyat Malaysia yang mendambakan berita dan sisi pemberitaaan yang telus dan berani!
Oh ya saya hadir hantar surat khabar sahaja tadi dan edarkan Harakah ke semua ahli ahli Parti Wawasan Negara.
Tenang & Sod Ba Ro
Bro SK
20 Jun 2026
1 week ago | [YT] | 599
View 87 replies
SK Studio
π₯ EPISODE BARU DARI JALAN PAHANG!
"UPSI, Islamofobia & Perlembagaan: Kedudukan Sebenar Islam di Malaysia"
Bersama Datuk Mahamad Naser Disa, Mantan Peguam Kanan Persekutuan.
Apa sebenarnya kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan?
Adakah isu-isu semasa mencerminkan wujudnya Islamofobia?
Dan bagaimana masyarakat perlu memahami kedudukan sebenar Islam di Malaysia?
Ikuti kupasan yang padat, kritis dan penuh analisis dalam Episode 39. β¬οΈ
ποΈ Podcast Dari Jalan Pahang
πΊ Tonton malam ini di YouTube HarakahDaily!
#DariJalanPahang #PodcastHarakahDaily
https://youtu.be/HsNmM7nOFvQ
1 week ago | [YT] | 127
View 12 replies
SK Studio
Semalam bila kami diberi penghormatan untuk bersama dengan Tuan Azlan Johar personaliti sukan negara, bekas pemain bola sepak kebangsaan, ada sijil kejurulatihan dan pengalaman luas dalam kejurulatihan dan pengalaman hampir 20 tahun menjadi pengulas bola sepak.
Semalam aku sampai awal di lokasi oertemuan sebuah restoren Chinse Muslim di kawasan Sunway.
Abang lan dan sehabat beliau abang azmi sampai awal juga mereka orang ke-2 dan ke-3 selepas aku.
Ini bermakna abang lan ni sedang menunjukkan karektor orang berdisiplin dan bekas atlet yang berdedikasi.
"Assalamualaikum Tuan Azlan kan? Saya Suffi daripada Harakah", aku menyapa.
"owh ya ya, abang lan jer. Sesi kita ni buat situ ek?", tanya abang lan berbasa basi.
Kami duduk di meja yang berdekatan di ruang meja yang ditempah oleh Dato' Muqharabbin Mokhtarrudin terlebih dahulu kerana penganjur blom sampai masa tu.
Jadi datang awal ni ada aku, Abang Lan dan Abang Azmi (sahabat baik abang lan).
Aku terus kepada maudhuk perbincangan dan sembang santai dulu.
"Bang lan ok ke? macam mana bang dapat perhatin satu Malaysia kes abang lan ni?", tanya aku berbasa basi.
Sejujurnya Azlan Johar ni bukan politikus atau cita cita nak berpolitik dalam PAS.
Beliau bekas pemain bola sepak kebangsaan yang sempat sezaman dengan Mokhtar Dahari bermain sekali.
Abang lan sempat ceritakan bahawa Tuan Haji Zainal Abidin Raof sempat berikan satu fakta atau sejarah pengulas sukan kepada Abang Lan bahawa beliau bermula tahun 2006 mengulas Liga Bola Sepak Berbahasa Inggeris (EPL) maza tu ada 2 edisi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Astro jadi Abang Lan mengemudi mengulas dalam Bahasa Melayu.
Ada satu lagi perkara menarik dan ia sejarah yang dikongsi iaitu beliau pernah berpengalaamn menjadi jurulatih pasukan T Team yang mana Abang lan menjadi saksi hidup dan saksi mata insiden orang VVIP menumbuk pemain beliau insiden dalam terowong.
Nah maksudnya sosok Azlan Johar ni sebenarnya berbakat dan berpengalaman bukan sahaja bekas pemain bola sepak kebangsaan, bahkan ada sijil diakui kejurulatihan dan pengulas sukan bola sepak antarabangsa dan Piala Dunia.
"Abang lan ingat dah 3 atau 4 Piala Dunia Abang lan dah bekerja mengulas, ini memang kerja yang kita suka buat!", ujar Abang Lan jujur.
Soal Kontrak Pengulas Piala Dunia
Ini juga diluahkan secara terperinci dan begitu lah sikap jujur dan bersungguh insan bernama Azlan Johar ni.
Bila tawaran melalui whatsapp dan kemudian Abang Lan telefon memberi makluman pengesahan komitmen beliau, pihak penyelaras Piala Dunia RTM siap berikan jadual penuh 9 game yang Abang Lan akan bersama sama Dato' Dollah Salleh.
Aku tengok sendiri jadual tu banyak lah nama nama lain (partner pengulas), dan memang nama Azlan Johar dan Dollah Salleh digandingkan dalam satu jadual yang telah disusun rapi sepanjang jadual perlawanan.
Ceritanya bila hari kejadian (Sabtu) dimana beliau hadir menerima sijil keahlian PAS bersama sama 14 lagi penerima yang lain, beliau meminta izin bergerak awal kerana beliau perlu ke Angkasapuri untuk persediaan lebih awal mengulas perlawanan pertama yang beliau dijadualkan untuk mengulas iaitu Brazil vs Maghribi.
Abang lan bercerita yang dia siapkan nota yang dibuat kajian untuk kedua dua pasukan Brazil vs Maghribi bahkan abang lan berkongsi cerita yang Dato' Dollah Salleh pon gunakan nota nota yang dibuat oleh Abang Lan sebagai panduan mengulas.
Hakikatnya bukan semua bekas pemain bola sepak kebangsaan ada kapasiti atau ada wibawa untuk mengulas dengan baik! Itu fakta!
Aku melihat satu sosok yang jujur dengan iltizam beliau dengan dunia bola sepak tanah air ini.
Kami anak muda hanya mampu mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan Abang Lan dalam menempuh hari hari mendatang apatah lagi abang lan masuk PAS secara kesedaran diri setelah bertahun tahun berkawan rapat dengan YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan Setiausaha Agong PAS da. kenal rapat ketika bersama sama dalam FAM.
Saya hanya ada satu pesanan sahaja daripada kisah Abang lan ni:
Orang hebat tidak pernah kisah apa orang nak jaya kat dia kerana dia tahu dia hebat dan mempunyai kualiti tersendiri.
Hanya mereka yang berasa "insecure" kerana mereka takut dengan bayang bayang sendiri dek kerana ada kuasa politik dan pengaruh.
Kita takutkan Allah dan percaya rezeki ini hanya datang daripada Nya!
Syabas dan tahniah Tuan Azlan Johar!
InshaAllah kita akan "collaborate" untuk projek projek dimasa mendatang!
Tenang & Sod Ba Ro
Bro SK
18 Jun 2026
1 week ago (edited) | [YT] | 631
View 65 replies
SK Studio
Kenyataan Media
PAS PERSOAL AZLAN JOHAR DIREHATKAN SEBAGAI PENGULAS SUKAN PIALA DUNIA KERANA SERTAI PAS
PAS melahirkan rasa dukacita apabila mendengar perkhabaran bahawa bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan sebagai Pengulas Sukan di RTM yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.
PAS ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan
Johar ke dalam PAS sebagaimana yang diisytiharkan di Seremban pada 13 Jun 2026 yang lalu.
PAS berharap semua pihak yang berkaitan, termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.
PAS merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminat-peminat sukan tanah air.
Azlan Johar bukan hanya merupakan bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan
kebangsaan sekitar tahun 1980-an, malah beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda.
Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak
Kerajaan agar memastikan perkara seperti ini tidak berlaku dan berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara.
Terima kasih.
Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 15 JUN 2026
2 weeks ago | [YT] | 1,106
View 231 replies
SK Studio
Saya umumkan kita akan melakukan AGM pertama pada minggu hadapan.
Namanya diberi oleh Ayahanda saya Tok Guru Ayah Chik kita!
Parti Wawasan Negara!!!
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
13 Jun 2026
2 weeks ago | [YT] | 627
View 91 replies
SK Studio
SEBUAH perjalanan paling berani dan gila pernah aku tempuhi.
Dibelakang aku ada isteri dan 5 orang anak lanang yang masih kecil dan mereka tak tahu apa pengorbanan kita sebagai ibu bapa!
Meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi segala galanya, kita kena bergerak dengan bijak dan rasional perhitungan antara kepentingan perjuangan vs realiti kos kehidupan!
MAKA Allah taqdirkan lorongan melalui pintu pintun rezki tak terduga melalui kerja keras yang berfokus!
TAHUN Ke-2 sejak channel SK Studio berada di pentas politik tanah air!
Doakan dan bantu aku teman teman utuk capai 100K SUBSCRIBERS di tahun 2026 ini kelak!
Komen dibawah jika ada cadangan tambah baik!
Selebihnya aku titipkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan tak terhingga kepada semua teman teman!
Subscribe now!
Subscribe now!
Subscribe now!
Tenang & Sod Ba Ro
Bro SK
12 Jun 2026
2 weeks ago | [YT] | 913
View 37 replies
SK Studio
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KERJASAMA POLITIK PASβBERSATU
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:
i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;
ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PASβBERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;
iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;
iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan
v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.
βKembali Kepada Penyelesaian Islamβ
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026
3 weeks ago | [YT] | 875
View 205 replies
Load more