Media Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri diurus tadbir Media Selangor Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Communication Corporation Sdn. Bhd.) bersiaran menerusi laman web mediaselangor.com/ms/selangortv untuk penstriman audiovisual penuh.
Media Selangor
Pembukaan LRT3 dilihat mampu mengurangkan kesesakan jalan raya dan memperluaskan akses pengangkutan awam di Selangor.
Namun, kejayaan sebenar bergantung kepada sejauh mana sistem sokongan seperti bas pengantara, laluan pejalan kaki dan kemudahan akses dapat menggalakkan lebih ramai rakyat meninggalkan kenderaan persendirian.
Aktivis Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Mampan, Shahrim Tamrin mengupas cabaran mengubah budaya penggunaan pengangkutan awam, kepentingan konsep first mile dan last mile, serta usaha membina sistem mobiliti yang lebih bersepadu demi kesejahteraan pengguna.
Saksikan Bicara Semasa, siaran 10 Julai 2026, jam 11 pagi, eksklusif di Media Selangor.
3 days ago | [YT] | 13
View 5 replies
Media Selangor
Selepas SPM, pelajar kini mempunyai lebih banyak pilihan laluan pendidikan, dengan TVET semakin mendapat tempat sebagai antara pilihan utama.
Apakah perbezaan antara TVET dan pendidikan universiti? Bagaimanakah kedua-dua laluan ini mampu membuka peluang kerjaya yang cerah dan memenuhi keperluan industri pada masa hadapan?
Kupasan lebih lanjut dalam Bicara Semasa siaran 7 Julai 2026 (Selasa), jam 11.00 pagi di Media Selangor.
#mediaselangor #bicarasemasa #universiti #tvet #lepasanspm
6 days ago | [YT] | 7
View 1 reply
Media Selangor
Pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan kelestarian alam sekitar antara fokus utama dalam memastikan Kuala Kubu Baharu terus berkembang secara mampan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao berkongsi usaha memperkasa industri, ekopelancongan dan kesejahteraan rakyat bagi menjadikan kawasan itu lebih berdaya saing pada masa depan.
Saksikan SKOP, siaran 5 Julai 2026, jam 9 malam hanya di Media Selangor.
#SKOP #KualaKubuBaharu #PangSockTao #PembangunanMampan #Ekopelancongan #mediaselangor
1 week ago | [YT] | 4
View 1 reply
Media Selangor
Isu kesihatan mental dalam kalangan Generasi Z semakin membimbangkan apabila tekanan kewangan, media sosial dan perkembangan teknologi memberi kesan terhadap kesejahteraan emosi golongan muda.
Kaunselor Hab SEHAT Selangor, Dr. Asraf Johar Salleh berkongsi punca yang mencetuskan tekanan mental, cabaran dunia digital serta langkah yang boleh diambil ibu bapa dan masyarakat bagi membantu Generasi Z menghadapi realiti kehidupan masa kini.
Saksikan Bicara Semasa, siaran 3 Julai 2026, jam 11 pagi, eksklusif di Media Selangor.
#mediaselangor #bicarasemasa #GenZ #kesihatanmental #SEHATSelangor
1 week ago | [YT] | 6
View 2 replies
Media Selangor
Tidak dinafikan internet kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Namun di sebalik pelbagai kemudahan yang ditawarkan, ancaman seperti penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu dan penyalahgunaan teknologi AI turut menuntut pengguna agar lebih berwaspada ketika berada di alam siber.
Saksikan Bicara Semasa bertajuk Kempen Internet Selamat: Ke arah Ekosistem Digital Selamat bersama Pengarah MCMC Selangor, Haji Amal Abdul Aziz yang akan mengupas langkah membina budaya penggunaan internet yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Tarikh: 30 Jun 2026, Selasa
Masa: 11:00 pagi
Hanya di mediaselangor.com
1 week ago | [YT] | 9
View 0 replies
Media Selangor
Kos sara hidup dan kesesakan lalu lintas terus menjadi antara cabaran utama di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Seri Serdang
Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Abbas Azmi berkongsi usaha memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, termasuk menjamin bekalan makanan mencukupi, membantu peniaga kecil serta mempercepat pelaksanaan projek infrastruktur bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Saksikan SKOP, siaran 28 Jun 2026, jam 9 malam hanya di Media Selangor.
#MediaSelangor #KlikSemasa #SKOP #AbbasAzmi
2 weeks ago | [YT] | 5
View 1 reply
Media Selangor
Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression sering dikaitkan dengan golongan ibu.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa para suami dan bapa juga berisiko mengalami tekanan emosi selepas kelahiran anak.
Bersama Ahli Psikologi Klinikal dari Pusat Kaunseling Selangor (PKS), Sarah Aleesa Aguinaldo bagi membincangkan realiti kemurungan selepas bersalin dalam kalangan bapa.
Saksikan Bicara Semasa siaran 26 Jun 2026 (Jumaat), jam 11.00 pagi di Media Selangor.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #PostpartumDepression #Meroyan #PusatKaunselingSelangor #SarahAleesaAguinaldo
2 weeks ago | [YT] | 6
View 0 replies
Media Selangor
Sesat dalam hutan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira sama ada pendaki baharu atau yang berpengalaman. Apabila hilang arah, panik boleh menjadi musuh terbesar dan setiap keputusan yang dibuat mampu menentukan peluang untuk terus bertahan atau sebaliknya.
Saksikan Bicara Semasa bersama Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Malaysia, Mohamad Azuan Abdullah yang akan berkongsi langkah yang perlu diambil apabila sesat, teknik survival asas serta persediaan penting sebelum memasuki kawasan hutan.
📅 Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
🕚 Masa: 11.00 pagi
Hanya di: mediaselangor.com
2 weeks ago | [YT] | 13
View 0 replies
Media Selangor
Pemantauan yang cekap dan tindakan pantas menjadi antara kunci utama dalam menangani isu rakyat di peringkat akar umbi.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr. Gunaraj George berkongsi pendekatan yang dilaksanakan di kawasan seliaannya bagi mengurangkan risiko banjir, memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta memastikan masalah penduduk dapat diselesaikan sebelum menjadi lebih serius.
Saksikan SKOP, siaran 21 Jun 2026, jam 9 malam hanya di Media Selangor.
#mediaselangor #SKOP #Gunaraj #banjir
3 weeks ago | [YT] | 4
View 0 replies
Media Selangor
Apa sebenarnya makna menjadi seorang pelarian? Bagaimana rasanya membesar tanpa kewarganegaraan, berdepan pelbagai cabaran hidup dan berjuang mendapatkan pendidikan demi masa depan yang lebih baik?
Sempena Hari Pelarian Sedunia, saksikan Bicara Semasa bersama Arakan Prince yang akan berkongsi kisah hidupnya sebagai pelarian Rohingya yang lahir dan membesar di Malaysia sebelum memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat.
📅 Tarikh: 19 Jun 2026, Jumaat
🕚 Masa: 11:00 pagi
Hanya di mediaselangor.com
3 weeks ago | [YT] | 9
View 3 replies
Load more