Malabrus Entertainment

MUSICIANS/BANDS 🇲🇾🇧🇳

This channel or group is one of the subgroups under the auspices of SanC2ary. Malabrus Entertainment is a combination of artists from Malaysia and Brunei. This collaboration began when an artist from Brunei, Ajibz discovered DeDanyL's career. After discussions, DeDanyL was honored to be the producer for Malabrus. Finally, Malabrus began to move actively starting in 2022 until now. This studio has released many songs for fun and as a hobby.

Now, Malabrus has grown and prospered. We have started uploading content randomly. We are not tied to music alone. On the contrary, we also create content for dance, acting, education, associations, presentations and more.

Sorry for any shortcomings. Hope you all enjoy, like, and subscribe, thank you.


Malabrus Entertainment

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! 🌙
MAAF ZAHIR DAN BATIN 🙏

Tahun ini, raya kita bakal lebih meriah dengan melodi yang baru! Jom layan buah tangan terbaru daripada DeDanyL bertajuk "Sambutlah Syawal".

Sesuai sangat untuk buat peneman korang kemas rumah, buat rendang atau dalam perjalanan balik kampung! 🚗💨

Dengar sekarang di sini:
https://youtu.be/vrXB3FZsCH4?si=v_FEf...

Terima kasih atas sokongan korang selama ini. Semoga Syawal kali ini membawa seribu keberkatan!

Ikhlas daripada kami,

© Malabrus Entertainment

2 months ago | [YT] | 0

Malabrus Entertainment

Happy 9K views! Thank you for the support. Kepada yang belum dengar, klik https://youtu.be/2F8FDOGbr-s?si=PP0IC...

2 months ago | [YT] | 0

Malabrus Entertainment

[ KEMPEN: SAMPUL KASIH MAHASISWA ]

Ramai mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di universiti dan kolej menjalani kehidupan yang sederhana sepanjang tempoh pengajian. Mereka perlu berjimat setiap hari untuk makan, tempat tinggal, bahan pembelajaran serta pelbagai kos pengajian yang lain.

Apabila tibanya musim Aidilfitri, tidak semua mahasiswa berpeluang merasai kemeriahan yang sama seperti orang lain. Ada yang menyambut Raya secara sederhana kerana kekangan kewangan.

Melalui Kempen: Sampul Kasih Mahasiswa, kami mengajak orang ramai untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan menyebarkan kegembiraan Aidilfitri kepada para mahasiswa.

Walaupun kecil nilainya, duit raya yang diberikan mampu membawa senyuman besar kepada seorang mahasiswa. Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.

Ayuh hulurkan Sampul Kasih untuk mahasiswa.

© Malabrus Entertainment

2 months ago | [YT] | 0

Malabrus Entertainment

[ RASMI: LOGO BAHARU MALABRUS ENTERTAINMENT 2026 ]

Dengan penuh rasa syukur dan semangat baharu, kami memperkenalkan logo rasmi baharu Malabrus Entertainment 2026, simbol transformasi, evolusi dan kebangkitan era baru kami!

2026 adalah tahun pembaharuan kami.

🎬 Konten Baharu

Lebih berkualiti, lebih kreatif, lebih berimpak.
Dari hiburan, muzik, visual kreatif hingga projek kolaborasi eksklusif.

🎯 Visi Baharu

Menjadi platform hiburan yang memberi inspirasi, mencungkil bakat dan membina jenama yang dikenali lebih luas.

🏆 Matlamat Baharu

• Konsisten menghasilkan karya premium
• Mengembangkan jaringan kolaborasi
• Meningkatkan pengaruh Malabrus ke tahap seterusnya
• Membina komuniti yang kuat dan setia

Ini bukan sekadar perubahan rupa, ini adalah permulaan fasa baru Malabrus Entertainment.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan kami.
Bersama, kita melangkah ke era yang lebih gemilang.

Malabrus Entertainment

"Bigger, Better, Bolder"

3 months ago | [YT] | 1

Malabrus Entertainment

Dengarkan semua lagu hits Ajibz ‪@NazifzuhairiNazifzuhairi‬ di semua pelantar digital.

sndo.ffm.to/pyab5ao

3 months ago (edited) | [YT] | 1

Malabrus Entertainment

Lagu-lagu kami adalah cerminan realiti,
dibentuk dari kisah benar dan isu semasa.

Kami bukan sekadar bercerita tapi menyuntikkan semangat dan harapan ke dalam setiap melodi, mengubah realiti yang pahit menjadi inspirasi.

Tujuan kami hanyalah untuk menyebarkan "good vibes" agar pendengar dapat merasakan keindahan di sebalik cabaran hidup.

8 months ago | [YT] | 1

Malabrus Entertainment

Alhamdulilah, Malabrus Entertainment telah berjaya mengadakan mesyuarat rasmi pertama secara dalam talian pada 25 Ogos 2025.

Walaupun dijalankan secara online, setiap ahli tetap memberikan semangat kerjasama dan komitmen yang terbaik. Ini merupakan langkah awal yang penting dalam membina perjalanan Malabrus ke arah yang lebih tersusun dan profesional.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan turut sama menjayakan mesyuarat ini. Semoga momentum ini dapat terus dikekalkan untuk mengangkat nama Malabrus Entertainment ke tahap yang lebih tinggi.

AGENDA MESYUARAT MALABRUS ENTERTAINMENT BIL. 01.

1. Ucapan aluan: Pengerusi sementara atau pengasas.

2. Pengenalan ahli: Setiap ahli perkenalkan diri dan peranan/kemahiran.

3. Penerangan matlamat & visi Malabrus - kenapa band/studio ini ditubuhkan, hala tuju & konsep muzik.

4. Pembentangan carta organisasi: Penerangan jawatan dan tanggungjawab.

5. Pemilihan jawatan: Presiden, Naib Presiden, Exco-exco.

6. Perbincangan projek awal: Lagu/album/aktiviti yang ingin dihasilkan.

7. Perbincangan platform & media: Media sosial, YouTube, Spotify dan lain-lain.

8. Perbincangan kemudahan & studio: Peralatan, tempat latihan & jadual.

9. Hal-hal lain: Idea tambahan, isu semasa atau cadangan ahli.

10. Penutup: Ringkasan dan semangat untuk bergerak ke depan.

#malabrusentertainment #meeting #annualgrandmeeting #onlinemeeting

8 months ago | [YT] | 1

Malabrus Entertainment

Nantikan lagu-lagu hits Ajibz di semua digital platform, stay tuned!

8 months ago | [YT] | 0