Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
DBPMalaysia
Buku sahabat baik yang tidak akan mengkhianati anda. Bacalah dan kongsi nuansa rasa anda.
Ayuh, sertai Pertandingan Video Dengarlah Kubaca 2021!
Sila layari linktr.ee/bkpk untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.
Hujan pagi di Pekan Kemayan,
Syukur ada payung sekaki;
Sedia menanti hadiah lumayan,
Jika ada mewah rezeki.
4 years ago | [YT] | 2
View 1 reply
DBPMalaysia
Di sini lahirnya sebuah cinta, yang murni, abadi, sejati...
Tunjukkan semangat kemerdekaan anda melalui Pertandingan Lagu Puisi Patritotik Bahasa Jiwa Bangsa 2021.
Sila layari linktr.ee/bkpk untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Jika ditakdir rezeki, hadiah lumayan sedia menanti.
4 years ago | [YT] | 1
View 0 replies
DBPMalaysia
Anda mahir menggubah lagu dan berbakat dalam nyanyian?
Ayuh, sertai Pertandingan Korus DBP bersempena dengan sambutan Ulang Tahun DBP ke-65.
Sila imbas kod QR dalam poster atau klik pautan forms.gle/YndLrF2fZVTXVYSw8 untuk mendaftar.
#KorusDBP #65TahunDBP
#BahasaJiwaBangsa
5 years ago | [YT] | 13
View 1 reply