Hai Selamat Datang ke Waniey Channel,
Waniey Channel merupakan sebuah channel yang akan berkongsi pelbagai video menarik, viral dan terkini untuk tontonan semua.
Channel ini juga akan memaparkan dan berkongsi pelbagai info menarik yang bermanfaat. Jangan lupa untuk LIKE, SUBSCRIBE, KOMEN DAN TEKAN LOCENG untuk dapatkan notifikasi tentang video-video baru.
_______________________________
Hi Welcome to Waniey Channel,
Waniey Channel is a channel that will share various interesting, viral and latest videos for all to watch.
This channel will also display and share various interesting and useful info. Don't forget to LIKE, SUBSCRIBE, COMMENT AND PRESS THE BELL to get notifications about new videos.
Waniey Channel
BAG GALAS 16"
π₯ Bergaya, praktikal & berbaloi dimiliki!
Shopee: πs.shopee.com.my/80BDEI5L39
Direka untuk mereka yang sentiasa bergerak. Muat laptop, pakaian nipis dan aksesori harian dalam satu beg yang kemas dan tahan lasak.
46 minutes ago | [YT] | 5
View 0 replies
Waniey Channel
WANITA T3NGKING KERETA DEPAN, RUPANYA KELUAR SIMPANG MELULU, CAR SEAT TERBALIK
https://youtu.be/TQ5BByQjykw
Baru-baru ini, rakaman memaparkan wanita menengking seorang pemandu kereta ketika berada di sebuah persimpangan lampu isyarat di Shah Alam telah tular di media sosial. Namun di sebalik video yang mengundang pelbagai reaksi itu, rupa-rupanya sudah berlaku satu insiden lebih awal yang dipercayai menjadi punca kemarahan wanita terbabit.
Berdasarkan penjelasan lanjut si suami, saat itu mereka sedang memandu lurus di jalan utama, (Persiaran Galaksi) sebelum sebuah kereta keluar dari simpang kiri (Jalan Uranus) dalam keadaan melulu. Akibat menekan brek secara tiba-tiba, car seat yang memuatkan anak bongsu mereka (berusia kurang setahun) telah pun terbalik.
Lebih dikesalkan, pemandu berkenaan langsung tidak memohon maaf atas kecuaiannya malah terus beredar dari lokasi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tidak berdiam diri, pasangan itu kemudian mengambil keputusan mengejar kenderaan tersebut sehingga berjaya menjumpainya.
Memandangkan pemandu terbabit merupakan seorang wanita, lelaki itu membiarkan isterinya untuk tampil bersemuka. Tidak tertahan kemarahan seorang ibu apabila anak yang masih kecil berdepan kejadian sebegitu disebabkan pemanduan melulu orang lain.
2 hours ago | [YT] | 38
View 17 replies
Waniey Channel
TUNKU AZIZAH 'JEMPUT' MASYARAKAT ORANG ASLI TINGGAL DI TANAH MILIK BAGINDA DI MARAN, INI RESPON WAKIL PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI COT
https://youtu.be/Tfqc5Pdu580
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa simpati, dukacita dan keprihatinan terhadap isu pertikaian tanah yang melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda sentiasa mengikuti perkembangan isu berkenaan serta memahami kegusaran dan kesulitan yang sedang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.
Menurutnya, masyarakat Orang Asli bukan sahaja sebahagian daripada rakyat Pahang, malah sentiasa mempunyai tempat yang amat istimewa di hati baginda.
Mohamed Zahari berkata, baginda berharap pelawaan itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan, selain memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.
Dalam masa sama, baginda turut menyeru semua pihak yang terlibat supaya mengutamakan semangat permuafakatan dan menyelesaikan pertikaian tersebut secara berhemah.
Pelawaan tersebut mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan serta masa depan masyarakat Orang Asli, khususnya mereka yang memerlukan tempat tinggal atau penempatan baharu.
18 hours ago | [YT] | 306
View 147 replies
Waniey Channel
MERIAH SORAKAN, PEDIH PEMANDANGAN DATARAN MERDEKA DITINGGAL DENGAN PENUH SAMPAH SARAP
https://youtu.be/uky8E2ZHucw
Kemeriahan ribuan penyokong yang membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina, awal pagi tadi, bertukar menjadi kekecewaan apabila kawasan ikonik itu dipenuhi sampah sarap sebaik perlawanan berakhir.
Orang ramai hadir untuk bersorak, meraikan pesta bola sepak dan berkongsi kegembiraan menyaksikan perlawanan final itu, namun meninggalkan padang bersejarah berkenaan dalam keadaan kotor dengan pelbagai jenis sisa.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya akan menjalankan kerja pembersihan bagi mengutip sampah yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.
Menurut DBKL, kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung kepada pihak lain untuk membersihkan kawasan awam selepas orang ramai pulang.
DBKL berkata, orang ramai boleh meraikan sesuatu acara dengan penuh semangat dan bersorak sepuasnya, namun kebebasan untuk bergembira tidak bermaksud mereka bebas mengotorkan ruang milik bersama.
Katanya, sesebuah bandar raya yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai hadir memeriahkan sesuatu acara, sebaliknya melalui keadaan yang ditinggalkan selepas mereka bersurai.
20 hours ago | [YT] | 117
View 136 replies
Waniey Channel
π Ramai suka sebab cantik, ramai beli sebab praktikal!
Shopee: πs.shopee.com.my/7Ac4q2B8Ev
TikTok: πvt.tiktok.com/ZS9rYHnBauwcF-TjGqx/
Bukan sekadar tong sampah, malah melengkapkan dekorasi rumah.
βοΈ Tinggi & tak perlu membongkok
βοΈ Push lid yang mudah digunakan
βοΈ Roda 360Β° mudah dialihkan
βοΈ Kapasiti 12-16L untuk seisi keluarga
#tongsampahbertutup #mobilerubbishbin
1 day ago | [YT] | 9
View 2 replies
Waniey Channel
WARGA BANGLADESH MENYEWA DI RPA TAMAN SERI GEMILANG DITERJAH SUK KEDAH
https://youtu.be/SxtNoBFlvPk
Bahagian Perumahan telah melaksanakan pemeriksaan di sebuah unit rumah di RPA Taman Seri Gemilang susulan aduan yang diterima melalui Facebook yang mendakwa rumah berkenaan telah disewakan kepada warga Rohingya.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati dakwaan tersebut adalah tidak tepat. Sebaliknya, unit rumah berkenaan didapati disewakan kepada 2 orang warga Bangladesh.
Bahagian Perumahan menegaskan bahawa perbuatan menyewakan rumah Rancangan Perumahan Awam (RPA) kepada mana-mana pihak adalah tidak dibenarkan, selagi rumah tersebut masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri dan hak milik mutlak belum dipindah milik kepada pemilik.
Sehubungan itu, Bahagian Perumahan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik yang didapati melanggar syarat-syarat pemilikan dan peraturan yang berkuat kuasa. Tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan rumah-rumah RPA digunakan mengikut tujuan asal pemberiannya.
Dalam masa yang sama, Bahagian Perumahan turut menyeru semua penghuni agar menjelaskan bayaran bulanan serta menyelesaikan tunggakan yang masih ada. Sehingga kini, jumlah tunggakan bagi RPA Taman Seri Gemilang telah mencecah RM3,660,973.20.
Bayaran yang dijelaskan oleh penghuni merupakan sumber penting bagi membolehkan Bahagian Perumahan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan demi memastikan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh komuniti perumahan.
1 day ago | [YT] | 176
View 58 replies
Waniey Channel
PELANGGAN BELI NASI LEMAK RM1388 BUAT RAMAI SERAM
https://youtu.be/-uC5iLLDu6A
Sebuah gerai menjual nasi lemak di Dungun Terengganu menarik perhatian ramai apabila berkongsikan video seorang pelanggannya membeli nasi lemak berharga RM1388.
Menerusi video yang dikongsikan @uminasilemak di tiktok, kelihatan seorang pelanggan yang datang dari Kota Bharu memesan nasi lemak dan beberapa hidangan lauk seperti lobster, king crab dan sotong.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila mendengar harganya yang mencecah ribuan ringgit.
1 day ago | [YT] | 288
View 185 replies
Waniey Channel
π Ubah taman biasa jadi taman yang memikat setiap malam!
Shopee: πs.shopee.com.my/111Pk7QmAt
TikTok: πvt.tiktok.com/ZS9rRVEyFrVAS-CAsXh/
Hanya letakkan pebbles ini di kawasan yang menerima cahaya. Bila malam menjelma, ia akan bersinar cantik dan memberi sentuhan magik pada ruang anda. β¨
2 days ago | [YT] | 19
View 2 replies
Waniey Channel
"DIA LAJU SANGAT"- LELAKI PALESTIN JATVH MOTOR, HAMPIR L4NGG4R RIDER SATU TANGAN
https://youtu.be/MTY9bfclv_8
Seorang penghantar makanan dikenali sebagai Nabil yang juga OKU cacat sebelah tangan berkongsikan rakaman hampir dilanggar seorang lelaki warga Palestin.
Menerusi hantaran di TikTok, dia yang sedang melalui bulatan tiba-tiba didatangi lelaki Palestin berkenaan yang menunggang motosikal dengan laju.
Mujur Nabil sempat mengelak namun warga Palestin berkenaan terjatuh dari motosikalnya.
Walaubagaimanapun, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi yang mengatakan Nabil langsung tidak membantu warga Palestin tersebut.
Dia akhirnya tampil menjelaskan keadaan dirinya yang tidak dapat mengawal emosi kerana bimbang jika pelanggaran itu berlaku akan menyebabkan dirinya lumpuh atau kehilangan nyawa
2 days ago | [YT] | 496
View 221 replies
Waniey Channel
AIR NAIK CEPAT SANGATβΌοΈ KEJADIAN BANJIR KILAT DI PETALING JAYA, KUALA LUMPUR
https://youtu.be/GITsZf0vwJw
BEBERAPA kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada petang Sabtu.
Salah satu lokasi terjejas teruk adalah Medan Selera 223, Seksyen 51A, yang menyaksikan kawasan berkenaan ditenggelami air hingga paras dada.
Menerusi perkongsian beberapa pelayar di laman sosial, beberapa individu terkandas di medan selera berkenaan dan terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat meja makan.
Dalam kejadian berasingan, beberapa buah kereta ditenggelami air sehingga paras tingkap berdekatan HQ Amway, Petaling Jaya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan pasukan sedang bergerak ke lokasi terjejas banjir di sekitar Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
2 days ago | [YT] | 209
View 86 replies
Load more