Welcome To Hustle Channel.
Kami adalah channel yang fokus kepada isu-isu semasa , politk dan trending.
Sebagai anak Malaysia ingin membuat sesuatu untuk tanah air negara.
Harap saudara dan saudari boleh terus menyokong channel kami. Sila Like , Subscribe dan Share untuk kawan-kawan anda.
Terima Kasih !

Bagi sesiapa yang berminat untuk promote iklan dalam video kami, sila hubungi admin kami melalui emel : hustlechannelmy@gmail.com


HUSTLE Channel

Selalu Dap, Dap, Dap, Dap…
Akhirnya join Dap jugak 🤣🤣

4 months ago | [YT] | 197

HUSTLE Channel

Terima Kasih PMX & Presiden Turkey Erdogan👍🤝

Sebenarnya persabahatan Anwar–Erdogan ni dah lama terjalin, sejak zaman Anwar jadi pemimpin pembangkang lagi.

Tahun 2019, Erdogan jemput Anwar ke Ankara untuk Kongres Parti AK, siap bagi penghormatan macam pemimpin negara.

Bila Anwar jadi PM, hubungan tu makin kukuh dan Erdogan antara leader dunia pertama yang ucap tahniah.

Jadi bila berlaku isu rakyat Malaysia ditahan Israel masa misi flotila GSF, Erdogan tak anggap ini kes biasa.

Dia terus setuju guna channel diplomatik Ankara–Tel Aviv. Contoh paling dekat, masa 2010 dulu, Turki pernah kerah segala kekuatan diplomasi selepas tentera Israel serang kapal Mavi Marmara, aktivis dari lebih 30 negara kena tahan.

Tekanan Turkey waktu tu berjaya buat Israel lepaskan tahanan dalam masa beberapa hari. Jadi kali ni, Malaysia dapat manfaat dari “track record” yang sama.

Kalau kita tengok dari sudut leverage, Turki memang penting bagi Israel. Walau hubungan dengan Israel tegang, dua-dua negara masih ada hubungan diplomatik dan dagang hampir US$7 bilion setahun, dari produk kimia sampai teknologi pertanian.

Jadi bila Erdogan “tegur”, Israel tak boleh buat tak tahu. Malaysia pula masuk atas tiket sahabat baik, jadi suara kita jadi lebih berat.

Bandingkan kalau kita tak ada hubungan baik dengan Turki, mungkin ambil masa berminggu, malah Israel boleh syaratkan tahanan dihantar balik ke negara ketiga.

Tapi sebab ada “Turkey factor”, 23 rakyat Malaysia boleh balik direct ikut channel rasmi.

Kesan besar dia? Malaysia bukan saja nampak berjaya selamatkan rakyat sendiri, tapi juga tunjuk kat dunia yang hubungan kita dengan kuasa serantau macam Turkey bukan sekadar simbolik.

Bayangkan kalau Malaysia tak ada network ni, mungkin aktivis GSF kita masih terperangkap lebih lama.

Jadi inilah realpolitik: Malaysia kecil, tapi bila ada kawan macam Turkey, kita boleh punch above our weight.

Sama macam ASEAN guna EU untuk amplify suara, Malaysia guna Turkey untuk amplify suara Palestin dan rakyatnya sendiri.

Sumber : Nazdi Hamdan FB

8 months ago (edited) | [YT] | 267

HUSTLE Channel

Alhamdulillah🤲 Terima Kasih PMX & Kerajaan Madani 🇲🇾❤️💙

Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.

Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.

Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.

Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.

Alhamdulillah!

Sumber : Anwar Ibrahim fb

8 months ago | [YT] | 129

HUSTLE Channel

10 Ahli Parlimen pembangkang ikrar sokong kerajaan? 🤔

Sumber : The Malaysia Press Facebook
themalaysiapress.com/10-ahli-parlimen-pembangkang-…

1 year ago | [YT] | 80

HUSTLE Channel

Kedua-dua menteri dah letak jawatan,adakah rombakan kabinet dlm masa terdekat ?

1 year ago | [YT] | 104

HUSTLE Channel

Tokoh besar PH & BN (Iswardy & Dato Lokman)

❤️💙

#MalaysiaMadani

1 year ago | [YT] | 1,833

HUSTLE Channel

TIMBALAN YANG DI PERTUAN AGONG SULTAN NAZRIN MENZAHIRKAN UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA YB MENTERI DAN WARGA KPKT ATAS KEJAYAAN 2024

KUALA LUMPUR (28 Feb) - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, telah menerima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, di Istana Perak Changkat pada petang hari Khamis.

Dalam perjumpaan tersebut, YB Tuan Nga Kor Ming telah membentangkan Kad Laporan KPKT bagi tahun 2024 yang menggariskan siri kejayaan kementerian serta agensi-agensi di bawahnya.

Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YB Menteri serta seluruh Warga KPKT atas prestasi cemerlang dan kejayaan yang dicapai, termasuk mengungguli Anugerah Pembangunan Negara buat kali pertama.

“Tahniah atas kejayaan memenangi Anugerah Pembangunan Negara 2024,” maktub baginda.

Pada masa yang sama, YB Tuan Nga Kor Ming telah mempersembahkan cenderamata yang disediakan oleh SWCorp, yang melambangkan metamorfosis dan bermakna reformasi ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Pada tahun 2024, KPKT telah melaksanakan pelbagai projek untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat termasuk membaik pulih sebanyak 4,814 unit rumah serta membina 245 unit rumah baru bagi golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan berjumlah RM 104.4 juta.

Selain itu, KPKT juga telah meluluskan pembinaan 7,243 unit MyKiosk di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan ribuan usahawan mikro, kecil, dan sederhana.

Setakat Disember 2024, KPKT telah berjaya memulihkan 927 projek atau 112,747 unit perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM92.48 bilion dalam tempoh dua tahun melalui Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Sumber : KPKT FB

1 year ago | [YT] | 1,131

HUSTLE Channel

Takkan boleh menang kerusi parlimen tak boleh menang jawatan ketua bahagian ? 🤔

Sumber : m.malaysiakini.com/news/735357

1 year ago | [YT] | 599

HUSTLE Channel

Daulat Tuanku 👑🇲🇾

Semoga Allah permudahkan dan kurniakan kesihatan yang terbaik untuk TUANKU, semoga Allah Redha Barakah Dan Rahmati TUANKU,Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🤲🤲

1 year ago | [YT] | 508

HUSTLE Channel

Dato Sri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Шавкат Мирзиёев - Shavkat Mirziyoyev kemudian menyaksikan majlis pertukaran dokumen dua hala dan memorandum persefahaman (MoU) dalam beberapa bidang antaranya kesihatan, sains forensik, budaya, pendidikan dan pelancongan di antara kedua-dua pimpinan.

Momen ini juga bertitik tolak hasil susulan lawatan rasmi anwar ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas dalam menerokai sinergi kerjasama antara kedua-dua negara.

Insya-Allah, momentum ini bakal membawa lebih banyak peluang untuk melonjakkan ekonomi, pelaburan dan perdagangan yang kelak dapat memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

🇲🇾 🇺🇿

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

1 year ago | [YT] | 639