Selamat Datang di Nyzer_Share โ Sumber Utama Fakta & Informasi Menarik!
Hai semua! Di channel ini, anda akan menemui pelbagai video yang penuh dengan fakta menarik dan informasi bermanfaat dari pelbagai topik seperti kisah benar, sains, sejarah, teknologi, misteri alam semesta, dan banyak lagi!
Jika anda gemar menambah pengetahuan dan ingin tahu lebih banyak tentang dunia di sekitar anda, ini adalah tempat yang tepat! Setiap video dirancang untuk memberi anda wawasan mendalam dengan cara yang mudah difahami dan menyeronokkan.
Jangan lupa subscribe untuk tidak ketinggalan video terbaru, dan nyalakan lonceng notifikasi supaya anda jadi yang pertama menontonnya!
NyzerShare
๐ Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak ๐
Bulan yang penuh keberkatan, bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amal.
Marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah wajib serta memperbanyakkan amalan sunat, terutamanya solat sunat terawih.
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua. ๐ค
Ikhlas daripada NyzerShare
#SalamRamadan #RamadanMubarak #BulanKeberkatan #Terawih #NyzerShare
3 months ago | [YT] | 19
View 0 replies
NyzerShare
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, channel ini akhirnya berjaya mencapai 10,000 subscriber.
Sejujurnya, tanpa sokongan anda semua, channel ini tidak mungkin berkembang sejauh ini.
Setiap tontonan, like, komen, perkongsian, teguran dan kata semangat
adalah dorongan besar untuk saya terus konsisten walaupun ada masa penat dan hampir putus asa.
Saya sedar, saya bukan pencipta kandungan yang sempurna.
Masih banyak kekurangan dari segi penyampaian, suntingan, suara dan isi kandungan.
Sebab itu, dengan rendah hati saya ingin memohon:
๐ Berikan cadangan dan teguran yang membina
๐ Beritahu apa yang anda suka dan apa yang perlu saya perbaiki
Kerana anda penonton setia,
dan anda yang paling layak menilai serta membantu saya jadi lebih baik.
InsyaAllah, saya berjanji akan terus berusaha
meningkatkan kualiti video,
menyampaikan cerita yang lebih menarik dan bermanfaat,
serta menghargai setiap masa yang anda luangkan untuk menonton.
Dari hati yang paling ikhlas,
terima kasih kepada 10,000 subscriber yang luar biasa.
Ini bukan penamat, ini baru permulaan.
Semoga kita terus melangkah jauh bersama.
Nyzershare๐ค๐
4 months ago | [YT] | 6
View 0 replies
NyzerShare
Hai semua! Selamat datang ke YouTube Community saya ๐
Sekarang anda semua boleh berinteraksi dan buat post terus di channel ini.
Untuk mulakan, kongsikan di post apa jenis konten yang korang nak tengok seterusnya di channel saya. Idea dan cadangan korang sangat saya hargai ๐
Jom join Community saya di sini:
๐ youtube.com/@nyzer_share/community
5 months ago | [YT] | 1
View 0 replies
NyzerShare
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Selamat Tahun Baru 2026 ๐
Semoga tahun ini apa yang kita impikan satu per satu tercapai.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik,
rezeki yang diluaskan, dan urusan yang dipermudahkan ๐คฒ
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong konten saya.
Jika korang suka konten yang saya kongsikan,
jangan lupa subscribe, like dan tinggalkan komen ya ๐
InsyaAllah tahun ini saya akan cuba untuk lebih konsisten
dan menghasilkan lebih banyak konten yang bermanfaat untuk semua.
Saya juga doakan semoga apa sahaja impian korang tahun ini akan tercapai โจ
Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2026 ๐
#happynewyear #2026 #nyzershare
5 months ago | [YT] | 3
View 0 replies
NyzerShare
Road to 10K ! Insha Allah
Assalamulaikum & Salam Sejahtera
Terima kasih kepada semua 7,930 subscriber yang sentiasa menyokong channel nyzershare. Setiap komen membina, setiap view dan setiap perkongsian benar-benar membantu saya perbaiki kualiti konten dari masa ke masa. Tahun ini saya menetapkan sasaran 10,000 subscribers, dan saya amat berharap anda semua dapat terus menyokong, subscribe dan kongsikan video saya kepada lebih ramai. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga channel ini terus berkembang dan memberi manfaat. Youโre the best
6 months ago (edited) | [YT] | 5
View 0 replies
NyzerShare
Assalamualaikum dan salam sejahtera gais! ๐
Mulai hari ini, Nyzershare akan bawakan korang kisah-kisah survival & misteri yang diadaptasi daripada peristiwa sebenar cuma kali ni dalam versi video panjang yang lebih mendalam, penuh fakta, dan buat korang rasa seolah-olah berada dalam cerita tu sendiri. Video baru akan keluar setiap minggu, jadi jangan lupa subscribe, like & share supaya kita sama-sama hidupkan kisah-kisah epik ini. Jom kita mulakan perjalanan ke dunia kisah benar yang penuh inspirasi, misteriโฆ dan kadang-kadang, mengerikan.
Terima kasih gais kerana terus support Nyzershare โ jumpa korang di ruangan komen!
9 months ago | [YT] | 1
View 0 replies
NyzerShare
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!
Saya doakan anda semua sihat dan dipermudahkan urusan hari ini.
Sekarang saya tengah cari idea untuk video yang seterusnya. Jadi kalau anda ada cadangan topik yang menarik seperti isu semasa, fakta pelik, kisah inspirasi, misteri atau apa-apa saja yang anda rasa patut saya kupas. Bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Saya akan cuba penuhi permintaan yang boleh, insyaAllah.
Kalau ada apa-apa kekurangan dalam video saya sebelum ni, atau ada cadangan penambahbaikan, saya sangat alu-alukan. Kadang-kadang saya tak perasan, tapi anda yang menonton mungkin lebih peka.
Terima kasih banyak atas sokongan anda selama ni.
Saya hargai setiap komen, like, dan masa yang anda luangkan. ๐
11 months ago | [YT] | 3
View 2 replies
NyzerShare
Renungan Buat Kita Semua
Dalam 2-3 hari ini, banyak berita kematian mengejut yang menyayat hati. Ada yang terlibat dalam kemalangan tragis, ada yang pergi secara tiba-tiba. Di media sosial, kita melihat keluarga yang kehilangan orang tersayang, meratap dalam kesedihan dan duka. Dan kita yang memerhati dari kaca telefon, turut terasa pedihnya kehilangan itu.
Namun sahabat, di sebalik semua ini, ada satu nasihat besar untuk kita yang masih hidup. Kematian adalah peringatan. Dunia ini hanyalah sementara, penuh dengan tipu daya dan kesenangan yang sementara. Sampai satu saat, harta, pangkat, dan segala yang kita kejar tidak lagi bermakna. Yang tinggal hanyalah amalan yang kita bawa sebagai bekal menuju alam akhirat.
Sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa selepas kematian, kita akan dibangkitkan semula untuk dihisab. Nabi SAW pernah bersabda:
"Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 4259)
Mari kita ambil sedikit masa, muhasabah diri, dan sedekahkan Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkanย kita.
11 months ago | [YT] | 7
View 0 replies
NyzerShare
Ada haiwan pelik hidup tanpa otak!
Hydra โ sejenis haiwan air tawar kecil โ mampu hidup, makan, bergerak & malah membiak walaupun tiada otak langsung.
Semua fungsi badannya dikawal oleh sistem saraf ringkas yang dipanggil "nerve net".
Sebab tu hydra dianggap antara makhluk yang paling โsimpleโ tapi unik dalam dunia biologi.
11 months ago | [YT] | 1
View 0 replies
NyzerShare
Tahukah anda?
Dalam mulut manusia sebenarnya ada lebih 6 bilion bakteria โ jumlahnya lebih banyak daripada populasi manusia di seluruh dunia!
Walaupun kedengaran menakutkan, kebanyakan bakteria ni sebenarnya membantu proses pencernaan, jaga kesihatan gusi & lawan bakteria jahat. Tapi sebab itulah juga pentingnya jaga kebersihan mulut setiap hari.
11 months ago | [YT] | 2
View 0 replies
Load more