Thank you for supporting and learning with NURIMAN CHANNEL. May this channel benefit everyone


nuriman channel

3 Ungkapan ketika sambut Hari Raya Aidil Fitri - Ungkapan yang paling popular untuk anda

Minal Aidin Wal Faizin adalah ungkapan bahasa Arab sebagai ucapan Idul Fitri, bermakna "(semoga kita termasuk) orang-orang yang kembali (ke fitrah/kesucian) dan orang-orang yang menang (dalam ibadah)"

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu

- Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin yang sangat popular di alam Melayu

2 months ago | [YT] | 15

nuriman channel

https://youtu.be/LVODTbI08ek

https://youtu.be/uzygExR_O5k

Solat Sunat Tarawih merupakan suatu ibadah khusus yang hanya dikerjakan pada bulan Ramadan. Keutamaan dan kelebihan mengerjakannya adalah sangat besar sebagaimana Hadis Nabi;

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “ Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”.

Doa solat tarawih
https://youtu.be/LVODTbI08ek
https://youtu.be/LVODTbI08ek
https://youtu.be/uzygExR_O5k
https://youtu.be/uzygExR_O5k

4 months ago | [YT] | 8

nuriman channel

NIAT merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat.
Puasa hanya sah jika seseorang berniat sebelum Subuh dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sepanjang waktu siang.

youtube.com/@nurimanchannel
https://youtu.be/LVODTbI08ek
https://youtu.be/uzygExR_O5k

4 months ago (edited) | [YT] | 8

nuriman channel

INDAHNYA RAMADHAN - Sama-sama kita berdoa semoga kita sampai ke bulan Ramadhan pada tahun ini. Mari kita persiapkan diri untuk menuju kepadanya.

4 months ago | [YT] | 19

nuriman channel

Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita terus sihat dan beritiqamah dalam beramal. Sama-sama kita berdoa semoga kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan

4 months ago | [YT] | 24

nuriman channel

Doa hari ini | Doa dari hadis

Memang terdapat doa khusus yang telah diajar oleh Baginda SAW dalam memelihara hati ini daripada terpesong. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya:

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
Sumber : Website Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan -

https://youtu.be/5HGFSBTO3UQ
https://youtu.be/5HGFSBTO3UQ
https://youtu.be/5HGFSBTO3UQ

4 months ago | [YT] | 18

nuriman channel

SALAM NISFU SYAABAN 1447H

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Dikongsikan doa yang boleh kita amalkan di bulan Syaaban:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadan.”

Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan iman dan kesihatan yang terbaik untuk meningkatkan ibadah. Jom jadikan bulan Syaaban sebagai pembakar semangat untuk kita melakukan kebaikan sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

4 months ago | [YT] | 10

nuriman channel

Antara hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan Sya’ban berdasarkan hadith yang sahih adalah:

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:


قَالَ : "ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ".

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Sumber : Website Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan - muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1160-ir…

4 months ago (edited) | [YT] | 11

nuriman channel

Doa untuk Diri sendiri dan ibu bapa

Kita amat dituntut untuk sentiasa berdoa kepada kedua ibubapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita dan doa seorang anak kepada kedua ibubapanya merupakan di antara amalan yang tidak akan putus walaupun kedua ibubapanya telah meninggal dunia.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” [Riwayat Muslim (1631)]

4 months ago | [YT] | 17

nuriman channel

27 Rejab setiap tahun kita akan memperingati PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa israk dan mikraj dalam bulan adalah anugerah Allah kepada Rasulullah SAW setelah berlakunya kematian dua insan yang amat bermakna dalam hidup Baginda iaitu Ummu Mukminin Saidatina Khadijah r.a. isteri Baginda yang amat dicintai, dan Abu Thalib bapa saudara yang menjaga Baginda sejak kecil. Maka pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah, Allah SWT telah menganugerahkan Rasulullah SAW dengan peristiwa israk dan mikraj. Firman Allah SWT dalam surah Al-Israk, ayat 1 yang bermaksud, “Maha suci Allah Taala yang telah menjalankan hamba-Nya Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Israk bermaksud perjalanan malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula bermaksud perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ketujuh sehingga Sidratul Muntaha. Perjalanan ini berlaku secara jasad dan roh Rasulullah SAW dengan diiringi oleh Malaikat Jibril a.s.

Kita diwajibkan beriktikad dan menyakini dengan sepenuh hati bahawa israk dan mikraj adalah benar-benar berlaku kepada Baginda SAW. Beriman dengan israk dan mikraj menuntut kita memahami erti mukjizat. Mukjizat merupakan perkara yang mencarik adat iaitu menyalahi kebiasaan yang berlaku kepada para Nabi a.s. Ertinya perkara mukjizat adalah sesuatu yang harus pada akal, namun berlaku menyalahi adat kebiasaan.


(sumber Petikan khutbah Jumaat di Masjid UMT pada 20 April 2018)

5 months ago | [YT] | 16