Selamat Datang Ke Channel saya.
Kongsi Informasi Untuk Anda


BP JEYA

Selamat Hari Pekerja 2026

1 month ago | [YT] | 167

BP JEYA

𝐎𝐏𝐒 𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑: 𝟑𝟖 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Follow BP JEYA & Jeya Prakash

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan Ops Mahir pada 28 April 2026 di sebuah hub pembungkusan sayur sekitar Johor Bahru.

Serbuan tersebut dilakukan hasil risikan intensif selama beberapa minggu terhadap majikan yang disyaki menggajikan warga asing secara haram bagi menjimatkan kos operasi.

Hasil operasi, seramai 38 warga asing telah ditahan melibatkan:

🇮🇩 27 lelaki Indonesia
🇮🇩 10 wanita Indonesia
🇨🇳 1 lelaki warga China

Turut ditahan seorang warga tempatan yang dipercayai merupakan pengurus premis kerana melindungi serta memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Pihak Imigresen Johor menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam melindungi PATI di negeri ini.

#bpjeya #wargaasing #imigresen

1 month ago | [YT] | 46

BP JEYA

Imigresen Johor Gempur Premis Makanan
Follow BP JEYA & Jeya Prakash

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menjalankan Ops Selera pada 27 April 2026 di sekitar Johor Bahru, menyasarkan premis makanan.

Hasil operasi, seramai 39 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk bekerja tanpa pas sah dan salah guna pas lawatan sosial. Seorang lelaki tempatan dipercayai pengurus sumber manusia turut ditahan.

Pecahan warganegara:
🇲🇲 Myanmar: 26 orang
🇧🇩 Bangladesh: 11 orang
🇮🇩 Indonesia: 2 orang

Kesemua ditahan bekerja sebagai pelayan dan tukang masak berusia 19 hingga 46 tahun, dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. Mereka ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika.

Imigresen menegaskan tiada toleransi terhadap pelanggaran undang-undang dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat.

#bpjeya #wargaasing #imigresen

1 month ago | [YT] | 42

BP JEYA

Sampul duit raya jajan..macam-macam ada disini s.shopee.com.my/2Vmf4NmL1U

3 months ago | [YT] | 10

BP JEYA

KEMEJA FORMAL LELAKI – SIMPLE, KEMAS & BERGAYA 👔

s.shopee.com.my/9zsWhz0i3e

Nak nampak smart tanpa perlu belanja besar?
Kemeja formal lelaki ini pilihan terbaik untuk kerja, meeting, event atau pakai santai!

✨ Ciri-ciri utama: ✔️ Material lembut & selesa dipakai seharian
✔️ Potongan slim fit – nampak lebih kemas & moden
✔️ Mudah digosok & tak mudah berkedut
✔️ Sesuai dipadankan dengan slack atau jeans

🎨 Pilihan warna menarik: Pink, Biru, Putih & Hijau
💼 Sesuai untuk pejabat, interview, majlis rasmi & kasual smart

🔥 Harga promosi: RM11.88 sahaja (Harga asal RM37.20)

Stok terhad! Siapa cepat dia dapat 😉
Klik & grab sekarang sebelum habis!

#KemejaLelaki #KemejaFormal #SmartLook #OOTDLelaki #SaleMurah #ShopeeFinds #FesyenLelaki

3 months ago | [YT] | 9

BP JEYA

DUA WANITA WARGANEGARA FILIPINA DITAHAN DALAM OPERASI KUTIP DI AEON MALL TEBRAU CITY

Johor Bahru, 9 Disember 2025 – Dua wanita warganegara Filipina ditahan dalam satu Operasi Kutip yang dijalankan di AEON Mall Tebrau City semalam selepas didapati memiliki dan menggunakan kad pengenalan palsu.

Operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh anggota Bahagian Siasatan Khas (BSK) JPN Putrajaya bersama BSK JPN Johor itu berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 33 dan 53 tahun, yang bekerja sebagai tukang cuci di premis berkenaan. Pemeriksaan mendapati mereka menggunakan dokumen pengenalan diri palsu bagi menyamar sebagai pemegang identiti sah.

Kedua-dua wanita tersebut telah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor sebelum diserahkan kepada BSK JPN Johor untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: FB JPN
#bpjeya #wargaasing #JPN

4 months ago | [YT] | 41

BP JEYA

Bermula Jun ini, pembelian minyak masak bersubsidi perlu menggukan MyKad.MyKad baharu dikatakan akan ada QR KOD yang boleh diimbas ketika membuat pembelian minyak masak bersubsidi.

#bpjeya #minyakmasak

4 months ago | [YT] | 31

BP JEYA

Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan 21 PATI menyusup masuk ke Sarawak melalui laluan haram di sempadan Lundu. Operasi rondaan rutin sekitar jam 3:20 petang membawa kepada serbuan taktikal 800 meter dari garisan sempadan, menahan 17 lelaki dan 4 wanita warga asing tanpa dokumen sah.

Turut dirampas 19 telefon pintar bernilai RM10,637, dan tiada senjata atau bahan berbahaya ditemui. Kesemua individu diusir keluar serta-merta ke negara asal dan laporan dibuat di IPD Lundu.

Kejayaan ini membuktikan kesiapsiagaan tinggi TDM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan sempadan negara 🇲🇾💪

#bpjeya #wargaasing #tenteradaratmalaysia

4 months ago | [YT] | 70

BP JEYA

𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝟮 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔: 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗟𝗔𝗗𝗘𝗦𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔
Follow BP JEYA

Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun ditahan selepas bot pom-pom yang dinaikinya bersama 80 individu lain dipintas Maritim Malaysia Selangor di perairan Sabak Bernam. Dia mendakwa masuk semula ke Malaysia secara haram dari Indonesia selepas berkahwin, dengan urusan perjalanan diatur isterinya dan bayaran sekitar RM1,500–RM2,500 seorang.

Bot tanpa pendaftaran itu berlepas dari Indonesia dan ditahan sekitar jam 3.30 pagi; tekong bot melarikan diri. Pemeriksaan mendapati 80 penumpang terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh, kebanyakannya tanpa dokumen sah. Bot yang sarat dan tanpa jaket keselamatan membahayakan nyawa.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ATIPSOM, manakala Maritim Malaysia akan mempertingkat rondaan bagi membanteras penyeludupan migran.

#bpjeya #APMM #wargaasing

4 months ago | [YT] | 43