Welcome to ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐—–๐˜‚๐˜€๐˜ ๐—ฏ๐˜† ๐—˜๐˜†๐—ฒ๐˜€ ๐—™๐—ผ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ

๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐—–๐˜‚๐˜€๐˜ ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜€ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐—–๐˜‚๐˜€๐˜๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ your stop for real talk, bold ideas, and meaningful conversations.

๐ŸŽง Port Cust by Eyes Forward

Real talk. Bold ideas. Fresh perspectives.

We bring you unfiltered conversations across 4 main segments:
๐Ÿ’ฌ #efBTS โ€“ Mental health & breaking the silence
๐Ÿš€ #efBIBM โ€“ Business, entrepreneurship & bold moves
๐ŸŒ #efCSR โ€“ CSR, impact & giving back
๐Ÿ—ฃ๏ธ #efFT โ€“ Free talk on current issues & more

Hit subscribe, join the convo, and keep moving forward with us.


Port Cust

Ramai masih anggap student politeknik atau TVET ni โ€œkelas keduaโ€ berbanding universiti. Tapi betul ke diploma politeknik tak setaraf diploma universiti?

Dalam episod podcast kali ni, kami sembang dengan dua bekas pelajar politeknik yang sambung degree ke universiti. Mereka kongsi realiti sistem pembelajaran politeknik yang lebih hands on, keperluan industri terhadap graduan TVET, serta perbezaan cara belajar antara politeknik dan universiti.

Perbincangan ni bukan untuk bandingkan siapa lebih hebat, tapi untuk buka mata bahawa setiap laluan pendidikan ada kelebihan masing masing.

Kalau kau pernah rasa rendah diri sebab belajar di politeknik, kolej kemahiran atau TVET, mungkin video ni boleh ubah cara kau lihat masa depan kau.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/4ZeLnK7UjXQ

#podcastclips #podcastmalaysia #students #politeknik #universiti #diploma

2 months ago (edited) | [YT] | 16

Port Cust

Belajar pengajian Islam sebenarnya bukan sekadar hafal kitab atau teori semata. Bahasa Arab merupakan kunci utama untuk memahami sesuatu ilmu dengan lebih mendalam.

Dalam episod ini, Luqman Furqan berkongsi pengalaman beliau belajar di Sudan ketika negara itu sedang bergolak sehingga berlaku rusuhan besar antara rakyat dan pihak berkuasa. Beliau sendiri yang menyaksikan orang ditembak, gas pemedih mata dilepaskan dan hampir menjadi mangsa tangkapan polis sebelum akhirnya universiti ditutup dan pelajar Malaysia diminta pulang tanpa menamatkan pengajian.

Selain itu beliau juga menjelaskan kenapa pengajian Islam tidak akan benar-benar berfungsi tanpa penguasaan bahasa Arab dan bagaimana pengalaman belajar di luar negara membentuk cara berfikir seorang pelajar.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/3fT_mfAJQrc

#podcastclips #podcastmalaysia #students #uia #arabicstudies

2 months ago (edited) | [YT] | 3

Port Cust

Ramai pelajar tertanya-tanya, adakah peperiksaan bahasa Inggeris seperti APT/EPT di UIA benar-benar setanding dengan IELTS? Atau sekadar ujian dalaman universiti sahaja?

Dalam video ini, kita menceritakan bagaimana UIA membuktikan standard akademik dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka berbeza daripada IPTA lain di Malaysia. Di dalam video ini juga, kami turut membincangkan pengalaman tetamu Podcast kali ini yang pernah menyambung pembelajaran beliau di negara yang sedang bergolak iaitu negara Sudan.

Kalau anda pelajar yang sedang mempertimbangkan UIA, atau nak tahu beza sebenar antara APT/EPT dan IELTS atau ingin menyambung pelajaran ke luar negara and boleh Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/pEYhMnHpadU

#podcastmalaysia #podcast #uia #sudan #luqmanfurqan #portcustbyeyesforward

2 months ago | [YT] | 9

Port Cust

Umur dah masuk remaja tapi masih tak pandai baca Al Quran. Di mana silapnya? Dalam episod ini Pirdot kongsikan realiti generasi hari ini yang makin jauh dari Al-Quran, kepentingan kembali kepada Al-Quran sebagai panduan hidup serta bagaimana Quran mampu rawat hati yang sedih dan beri harapan kepada yang tersungkur. Kalau kita rasa diri makin jauh, mungkin ini masa untuk kembali.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/kKt-LTMBot0

#podcast #quran #tahfiz #ramadhan #podcastmalaysia #pirdot

3 months ago | [YT] | 14

Port Cust

Ingat Cybersecurity ni belajar hacking je? Realitinya bidang ni antara benteng utama lindungi data, syarikat dan negara daripada jenayah siber.

Episod kali ni kita kupas peluang kerjaya sebenar, tekanan pilih course, stigma bidang IT dan masa depan industri teknologi Malaysia yang makin kritikal. Kalau masih keliru pilih hala tuju, episod ni memang untuk korang.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/uvwOTlGqZl4

#podcast #cybersecurity #hacking #coursecybersecurity #student #computerscience

3 months ago (edited) | [YT] | 5

Port Cust

Hafaz Al Quran bukan jaminan seseorang bebas dari ujian dan dosa. Tanpa penghayatan dan usaha menjaga Al Quran dalam diri, seseorang boleh terpesong walaupun ayat itu di dada.

Dalam episod ini kami berbincang tentang realiti dunia tahfiz, perjalanan seorang hafiz mencari makna, bahaya rasa diri suci, kepentingan merendah diri, ilmu akademik dan bagaimana menjaga hati dalam dunia moden yang penuh cabaran.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/nDno-fHhaW4

#portcustbyeyesforward #podcast #tahfiz #hafizquran #freetalk

4 months ago (edited) | [YT] | 19

Port Cust

Kalau course art dikatakan tiada pasaran di Malaysia, kenapa masih ada yang sanggup belajar sampai PhD. dan dalam masa yang sama, ramai juga yang berbakat tanpa pernah masuk sekolah seni.

Dalam episod ini, kami borak tentang realiti bidang seni, perbezaan diploma, degree dan master dalam arts, nilai sebenar sesuatu karya. Kemudian, kenapa bidang ini lebih dihargai di luar negara, pentingnya personal branding dan bagaimana seni boleh jana pendapatan melalui content creation dan affiliate.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/c57t932X-BY?si=iya0w...

4 months ago (edited) | [YT] | 7

Port Cust

Nak ambil course medic bukan keputusan yang boleh dibuat secara ringan. Kos pengajian sangat tinggi, tekanan pembelajaran besar, dan realiti kerja doktor menuntut pengorbanan fizikal serta mental.

Dalam episod podcast kali ini bersama Dr Syauqan, kami berbincang tentang pengalaman beliau belajar medic di luar negara, kos pengajian yang mencecah ratusan ribu ringgit, serta cabaran mental yang sering dihadapi pelajar perubatan.

Perbincangan turut menyentuh isu kesihatan awam , serta realiti kerjaya doktor yang jarang diceritakan secara jujur.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/OIxs1_DZ0fI

#portcustbyeyesforward #podcast #medic #study #doctor

4 months ago (edited) | [YT] | 10

Port Cust

Perbincangan ni bukan sekadar tentang filem lama, kami berbincang cara pemikiran P Ramlee kritik sosial dalam karya beliau dan kenapa isu ini masih relevan hari ini.

Dalam episod yang sama, Zikrul Safwan juga berkongsi perjalanan beliau bagaimana mula mendapat perhatian sebagai speaker di ML Studio perbincangan tentang GISBH dan Al Arqam serta kenapa pentingnya menjaga dan memahami akidah supaya tidak terpesong.

Kami juga menyentuh dunia penulisan dan penerbitan termasuk Dubook Press.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/cZyX_-uNOSI

4 months ago | [YT] | 10

Port Cust

Ramai anak muda hari ini takut untuk kahwin awal. Bukan sebab tak mampu mencintai, tapi tak tahu bagaimana cinta patut dialirkan ke jalan yang betul.

Kalini kami berbual bersama Encik Aiman Azlan tentangerti sebenar taaruf,kenapa attention yang salah boleh rosakkan hubungan,pasang surut perkahwinan yang sebenarnya normal, dan bagaimana maskuliniti sering disalah faham dalam rumah tangga.

Kahwin bukan tentang sempurna. Ia tentang persefahaman, tanggungjawab, dan belajar bertumbuh bersama.

Saksikan perbincangan penuh di Channel Port Cust by Eyes Forward atau tekan link: https://youtu.be/zlnypNSgX9A

4 months ago (edited) | [YT] | 12