Azmar Ecstasy Of Ride

Azmarnizam || Ride || Couple Ride || Jalan2 || Makan2 || Jumpa Orang Ramai ||




Azmar Ecstasy Of Ride

Part 2 adalah ride hari ke 3 kami dari Pak Meng Beach ke Trang, then ke Hatyai.
Sebelum ke Trang kami singgah dulu di Pak Meng Pier.
Pak Meng Pier ni adalah satu tempat yang mesti korang pergi lah sebab pier (jetty kecil) ni menghadap betul2 pada satu pulau yang cantik.
Even kalau nak island hopping pun boleh dari pier ni.

Dah hari yang ke 3 tapi most of us masih tak ada duit baht. Duit RM tu adalah cuma banyak kedai yg masih menggunakan cash.
Sebab tu kitorang banyak makan kat 7e memandang kan kat 7e kitorang boleh gunakan TnG eWallet.

Kitorang try jugak lah cari kat Trang untuk money exchange tetapi malangnya masih tak jumpa.
Tetapi akhirnya kitorang dapat juga tapi kat Hatyai.

Perjalanan dari Pak Meng Beach ke Hatyai tak lah jauh sangat jadi kitorang sampai awal di Hatyai.
Cuma sebelum sampai Hatyai, jalan masih under construction dan slow skit kat bahagian ni. Nasib baik stretch jalan under construciton tu tak jauh.

Kami dinner kat Syabu-Syabu. Yang kelakar nya Restoran Syabu2 ni, orang local tak tahu sangat. So diorang tatau exactly mana lokasi Syabu2 ni.

Agaknya bila diorang search kat Waze atau Google Maps, diorang tak jumpa.
Tetapi alhamdulillah kami dapat dihantar oleh driver grab tu ke Syabu2.
Tapi malang untuk Rafi sebab driver hantar dia jauh dari Restoran Syabu2, sambil menyumpah2 dia.

Aku, Radhi dan Bron terus pergi ke Lee Garden untuk jalan2 dan berkenalan dengan seorang brother overlander 4x4 dan pernah pergi ke Everest Base Camp.

1 year ago | [YT] | 1

Azmar Ecstasy Of Ride

Akhirnya pada harini genaplah subscriber yg ke 1000.
Tahniah dan terima kasih kepada Fazli kerana support dan menjadi subsvriber yg ke 1000.

Kalau jumpa saya belanja nasi kandaq 😁

2 years ago | [YT] | 2

Azmar Ecstasy Of Ride

Harini hits best number of subs iatu 777
Thanks for the interest guys

2 years ago | [YT] | 1

Azmar Ecstasy Of Ride

Great applause untuk tuan Juraimi Senin kerana menjadi subscriber channel saya yg ke 700.
Tak lupa juga kepada semua, terima kasih atas sokongan dan sukakan akan perkongsian saya yg tak seberapa kat channel ni.

Setiap like dan subscription amat bermakna kepada saya.

Semoga ianya bermanfaat dan cuba jadikan ia nya lebih berinformasi.

Semoga saya sentiasa sihat dan juga kita semua juga sihat dilimpahi rahmat Allah swt.

3 years ago | [YT] | 1

Azmar Ecstasy Of Ride

Setelah sekian lama mengedit, video ride ke Pattani Narathiwat baru saja publish.

Ride.kali ni bercampur dengan emosi skit sebab:
1. Rakan ride tarik diri (kami dua biji moto) semasa kat Rawang sebab demam
2. Tiba2 moto takleh start selepas isi minyak kat Petronas Rawang.

Takde mood then aku dan wife bawak diri ke Ipoh. Plan ke Ipoh jadi la.
Lepas tukar bateri tiba2 datang mood balik.
Apa lagi terus je shoot sambung ride.

Lagi pun hotel dah bayar, rugi tak gi lak.
Alhamdulillah segala nya dipermudahkan oleh Allah SWT.

3 years ago | [YT] | 0

Azmar Ecstasy Of Ride

Video ride selepas ni adalah 70% menggunakan insta360 X3.
Jadi sebagai first timer menggunakan insta360, agak terkial2 juga lah untuk membuat reframing video2 360 ni.

Ada beberapa kelemahan yang ada pada insta360 ni berbanding GoPro iatu:
1. Terpaksa buat dua kali kerja, iatu tranfer dari 360 kepada format mp4 then buat editing video.
2. Jika selepas transfer ke format mp4, segala mak nenek metadata (termasuk lokasi, timing dan maklumat lain) tak dapat diperolehi.
3. Kualiti gambar 360 tak pure 4k berbanding GoPro (cerita ni panjang jadi ringkas nya camni lah)

Tetapi secara overall insta360 win!

Maka atas sebab itu kerja menghasilkan video yang seterus nya menjadi lambat.
Tambahan pula dengan kesibukan kerja hakiki sedia ada ni.

Tetapi oleh kerana passion maka aku tak la berapa kisah dengan bende2 macam ni, cuma rasa tak syok sikit sebab lambat sangat video terbaru nak di publish.

Semoga video ni menjadi kenang2an kepada diri dan harap ia nya bermanfaat kepada semua.

Azmarnizam Omar
20Feb2023
6:58PM

3 years ago (edited) | [YT] | 1

Azmar Ecstasy Of Ride

Tahu tak cara terbaik nak kurang kan kos kene denda bila masuk Thailand?

Terjumpa abang ni, dia kata kene denda sebab tak serah dokumen kastam masa keluar.
Padahal dia dah serah masa tu, cuma nasib tak baik.

Dia kata dia kena sekat masa kat Wang Kelian dan dikehendaki bayar RM1200 sebagai denda.
Tapi dia diberitahu oleh pegawai kastan Thailand supaya pergi ke Sadao (Changlun) untuk dapatkan denda yang lagi sedikit.
Di sebab kan kes dia jadi kat Changlun jadi dia just move dari Wang Kelian ke Changlun.

Bila kat Changlun dia kena denda 1000Baht je lebih kurang RM120 masa tu, berbanding dia kena bayar RM1200 kalau kat Wang Kelian.

Mungkin ada kawan2 lagi pernah kena macam ni?
Maybe boleh manfaat mana2 yang pernah kena macam ni.

Boleh tengok video saya di bawah ni pada minit ke 6:34 dan 8:53
https://youtu.be/Y5e7FNERiak

3 years ago | [YT] | 1

Azmar Ecstasy Of Ride

Lama nak menyiapkan video ride kali ni disebabkan kekangan waktu.

Next video yang akan di upload adalah ride to Wilayah Songkhla.
Shah Alam - BKH - Hatyai - Patthalung - Songkhla - Hatyai - Shah Alam.

Rancangan asal adalah untuk pergi ke Route 41 di Patthalung, Koh Yai Grand Canyon, Tasik Thale Noi dan Samila Beach tetapi Abang Zon Sadao cadang pergi juga ke Sakhom Beach dan Livong (Switzerland) membuatkan kami bertukar rancangan.

Seriously tempat seperti Koh Yai dan Livong tu tempat biasa2 saja cuma kalau nak menikmati pemandangan jalan ke sana just ok.

Coverage untuk tempat2 macam ni terlalu tinggi oleh orang ramai padahal tempat nya biasa saja menjadikan saya agak iri hati dengan cara Thailand mempromosi kan tempat mereka yang pada hemat saya negara ku Malaysia patut contohi.

Mungkin ada faktor2 lain seperti harga makanan dan lodging yang murah, selain dari aktiviti2 yang tak ada kat Malaysia menjadikan Thailand tempat tumpuan.

Video nya sudah siap Insyallah akan upload video dalam masa 2 - 3 hari nanti.

3 years ago | [YT] | 2