TOP 5 DAN FAKTA TOP

Kami bawakan pelbagai fakta menarik yang tidak diketahui ramai.

Jika anda ada cadangan atau pandangan, sila kemukakan di ruangan komen di salah satu video kami.

NAK TAHU FAKTA SETERUSNYA?
SUBSCRIBE PALING TOP DULU...

Sebarang pertanyaan, pengiklanan atau tajaan, sila hubungi kami di email (palingtop.media@gmail.com) atau DM kami di Instagram (@palingtop.media).

NAK BUAT PAID REVIEW SERENDAH HARGA RM15? HUBUNGI KAMI SEKARANG..!!!


Paling TOP

Bomoh dan mangsa sudah berjanji untuk berjumpa bagi mendapatkan rawatan. Pada hari yang dijanjikan, bomoh datang menaiki kereta untuk membawa mangsa membuat rawatan bagi menghalau hantu-hantu yang ingin masuk ke dalam tubuh mangsa. Mangsa pada ketika itu ada bersama dengan seorang rakannya. Bomoh meminta mangsa dan rakannya itu masuk ke dalam kereta. Rakan mangsa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kerana bomoh mengatakan yang hantu tidak mahu ada orang lain bersama dengan mangsa. Menurut bomoh, jika rakan mangsa itu ikut, mangsa boleh mati.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/jxOg9VNJN3A

#DariFailMahkamah #KesJenayah

6 days ago | [YT] | 14

Paling TOP

Saksi dapat melihat sebuah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Seorang anggota polis telah keluar dari kereta tersebut dan bercakap dengan seorang lelaki di situ, dan kemudiannya beredar dari tempat kejadian. Kemudian, saksi melihat sekumpulan lelaki datang semakin ramai dan mereka membawa senjata seperti besi dan parang. Saksi melihat Suspek Pertama mendekati rumah bapanya dan bercakap dengan lelaki yang bercakap dengan polis tadi dalam nada yang kuat dan bertanyakan, β€œSiapa you punya orang in charge? Panggil dia!”.

Setelah saksi lari ke rumah jirannya dan melalui pintu rumah jirannya, saksi dapat melihat Suspek Keempat menetak bahagian belakang bahu kanan mangsa dengan menggunakan parang. Mangsa kemudiannya telah berlari ke arah motosikalnya di kawasan tong sampah sebelum jatuh terlentang akibat terlanggar besi ampaian. Selepas itu, mangsa telah ditetak bertubi-tubi oleh Suspek Kedua, Suspek Ketiga dan Suspek Keempat dengan menggunakan parang. Suspek Pertama pula berjalan perlahan-lahan sambil menyeret dan menghentak parangnya ke atas tanah sambil menjerit, β€œSiapa lagi! Siapa lagi!”.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/Ll2EOkaNfGo

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 weeks ago | [YT] | 12

Paling TOP

Ketika sedang bertugas, dua orang kakitangan Petronas amat terkejut apabila ada seorang lelaki masuk ke dalam premis sambil membawa sepucuk pistol lalu terus mengacukan pistol ke arah salah seorang dari mereka. Tidak lama selepas itu, datang seorang lagi kakitangan telah memeluk lelaki tersebut.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/f8J17BFoUQ8

#DariFailMahkamah #KesJenayah

1 month ago | [YT] | 10

Paling TOP

Pada hari kejadian iaitu sekitar jam 5.30 petang, semasa mangsa yang berusia 9 tahun sedang berehat setelah bermain badminton bersama kakaknya dan rakan-rakannya di hadapan rumah, tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna β€œsilver” yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita, di mana lelaki tersebut telah menangkap dan memasukkan mangsa yang berusia 9 tahun itu ke dalam kereta dan melarikannya.

Lelaki tersebut memakai β€œsurgical mask” dan bertopi. Kakak mangsa serta pembantu rumah mereka tidak dapat mengecam lelaki tersebut.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/4mnUr0mYI5g

#DariFailMahkamah #KesJenayah

1 month ago | [YT] | 14

Paling TOP

Pada hari kejadian sekitar jam 9.26 malam ketika mangsa berada di rumahnya bersama-sama dengan dua orang anaknya iaitu Nur dan Ida (bukan nama sebenar), suami mangsa telah pulang ke rumah.

Setelah pintu dibuka oleh Nur, mangsa telah mengikuti suaminya itu masuk ke dalam bilik tidur. Mangsa telah menolak giliran bermalam bersama suaminya dan meminta suaminya itu pergi ke rumah isterinya yang lain. Ini telah menimbulkan pertengkaran di antara mangsa dan suaminya.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/owtRPTO9G2A

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 months ago | [YT] | 2

Paling TOP

Pada hari kejadian iaitu sekitar jam 6.00 pagi, ketika mangsa sedang meletakkan (parking) keretanya jenis Perodua Myvi berwarna putih di kawasan parkir Apartment Brunsfield di Shah Alam (tempat tinggal mangsa), tiba-tiba ada sebuah kereta Perodua Myvi berwarna oren yang ikut β€œparking” sekali tetapi selang satu petak parkir dari kereta mangsa. Tiba-tiba datang seorang lelaki botak dan tinggi (suspek) dari kereta Perodua Myvi berwarna oren tersebut lalu mengetuk tingkap kereta mangsa dan bertanyakan kepada mangsa di manakah Blok D.

Pada ketika itu, enjin kereta mangsa masih lagi dalam keadaan hidup dan kereta mangsa masih berkunci. Untuk makluman, apa yang terjadi kepada mangsa selepas itu menjadi suatu sejarah hitam dalam hidup mangsa. Mangsa juga ada menyatakan di mahkamah yang beliau tidak akan melupakan wajah suspek sampai bila bila sehingga akhir hayatnya.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/cTuBPrHUa6I

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 months ago | [YT] | 18

Paling TOP

Pada hari kejadian iaitu sekitar jam 3.00 pagi, semasa mangsa hendak tidur di ruang tamu rumahnya, suspek telah pulang ke rumah tersebut dan melihat semua yang tinggal di rumah tersebut sedang tidur. Mangsa menyatakan yang suspek telah pergi ke sebelahnya yang sedang tidur lalu mencium bibir dan meraba seluruh anggota badannya. Mangsa turut menyatakan yang suspek juga turut meraba di bahagian dadanya serta β€˜kerang’nya dalam tempoh masa lebih kurang 1 minit. Siapa sebenarnya suspek dengan mangsa dan apakah hubungan mereka berdua? Kenapa suspek β€˜pulang’ ke rumah yang diduduki mangsa?

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/KOXQmPXX5vM

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 months ago | [YT] | 11

Paling TOP

Sekitar jam 8.30 pagi, Shahrul menunggang motosikal dari rumahnya untuk ke kedai runcit. Tiba-tiba Shahrul melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap di dalam parit sebelah kanan jalan tersebut. Alangkah terkejutnya apabila Shahrul mendapati bahawa mayat tersebut adalah bapanya sendiri.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/xGVSErxk2xU

#DariFailMahkamah #KesJenayah

3 months ago | [YT] | 5

Paling TOP

Pada hari kejadian sekitar jam 10.00 pagi, Faizul yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang kudung di kaki sebelah kanan dan menggunakan kaki palsu, menunggang motosikalnya dengan seorang pembonceng yang dikenali sebagai Pok Yi untuk mencari besi besi buruk. Pok Yi berusia 7 tahun lebih tua daripada Faizul. Selepas melepasi bawah satu jambatan, Faizul menunggang motosikalnya melalui satu kawasan kampung di mana terdapat rumah-rumah kampung dan mereka berlegarΒ­-legar mencari besi buruk di situ.

Setibanya di sebuah rumah, Faizul ternampak besi-besi buruk dalam keadaan bersepah di bahagian tepi rumah itu dan Faizul pun memberhentikan motosikalnya. Pok Yi telah turun daripada motosikal dan pergi ke tepi rumah tersebut untuk meninjau keadaan besi-besi buruk yang terdapat di situ. Faizul hanya menunggu di atas motosikalnya sahaja. TibaΒ­tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki (suspek) dari arah belakang di mana tempat Faizul berada. Lelaki tersebut yang memegang sebilah parang terus datang kepada Faizul dan menikam bahagian dada sebelah kanan Faizul dengan parang tersebut.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/F4yP7GZ0Cnw

#DariFailMahkamah #KesJenayah

3 months ago | [YT] | 14

Paling TOP

Kejadian berlaku sekitar jam 3.00 pagi semasa mangsa sedang tidur di anjung rumah bersama anak perempuannya dan anak lelakinya. Menurut mangsa, pada waktu itu beliau sedang tidur, dan selepas itu beliau terjaga setelah merasakan ada seseorang berbaring di sebelahnya.

Dalam keadaan mamai, mangsa menyangkakan orang itu adalah suaminya, yang bekerja di Kuala Lumpur dan pulang ke rumah sekali sebulan pada waktu sedemikian. Mangsa terdengar lelaki di sebelahnya itu berbisik mengajaknya masuk ke dalam bilik, lalu mangsa diangkat oleh lelaki itu untuk dibawa ke dalam bilik tidur.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/6HtsczgsexA

#DariFailMahkamah #KesJenayah

4 months ago | [YT] | 22