Janji Reformasi Tinggal Retorik: PUTRA Seru Rakyat Bangkit pada 26 Julai!
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Parti Putra (PUTRA) hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia, termasuk penjawat awam, untuk melihat secara objektif kegagalan nyata pentadbiran kerajaan semasa dalam mengurus tadbir negara, khususnya dari sudut kos sara hidup dan tekanan ekonomi rakyat.
Ahli Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Biro Ekonomi dan Sara Hidup Bumiputera, Dr. Mohamad Izwan Bin Zainal, dalam satu kenyataan tegas menyatakan bahawa kerajaan kini bukan sahaja gagal menunaikan janji-janji reformasi, malah terus membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos yang menjejaskan kesejahteraan hidup.
“Sudah tiba masanya kita berpijak di bumi nyata dan mengakui bahawa pentadbiran kerajaan semasa telah gagal secara jelas dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan kehidupan rakyat,” katanya.
Menurut beliau, meskipun statistik rasmi menunjukkan kadar inflasi terkawal, realiti di lapangan membuktikan sebaliknya. Rakyat di pelbagai lapisan – tanpa mengira kaum, agama atau kelas sosial – terpaksa menanggung kos barangan dan perkhidmatan asas yang semakin melambung.
Kenyataan itu turut menyentuh bahawa naratif politik dan kenyataan media kerajaan tidak lagi mampu menyembunyikan kelemahan ketara dalam pengurusan ekonomi negara.
PUTRA turut menyeru rakyat agar menyatakan solidariti bersama mereka pada 26 Julai ini, sebagai tanda tuntutan terhadap perubahan kepimpinan negara yang lebih telus, adil dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
“Tuntutan ini bukan semata-mata isu politik, tetapi tanggungjawab kolektif untuk menyelamatkan Malaysia daripada kegagalan pentadbiran yang berterusan,” tegas Dr. Izwan.
PUTRA dalam mesejnya menyeru agar sentimen peribadi diketepikan demi masa depan negara yang lebih baik, sekali gus membuktikan bahawa suara rakyat masih ampuh dalam mencorak perubahan.
#TurunAnwar: Mahasiswa, Rakyat Bakal Gegar Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengumumkan penyertaan rasmi mereka dalam Himpunan #TurunAnwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025, bermula di Pasar Seni dan berarak ke Dataran Merdeka. Seruan terbuka turut disampaikan kepada seluruh mahasiswa, mantan aktivis pelajar, penjawat awam, dan rakyat Malaysia untuk turut serta menyuarakan bantahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai kezaliman pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden GAMIS, Muhammad Azamuddin bin Sahar, menyatakan bahawa kehadiran mahasiswa dalam himpunan ini merupakan lambang penolakan terhadap penindasan dan salah guna kuasa yang semakin membelenggu rakyat.
“Siri demonstrasi dan himpunan rakyat bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem demokrasi. Kami akan hadir dan gegarkan Kuala Lumpur pada 26 Julai ini!” katanya dalam kenyataan rasmi GAMIS hari ini.
Antara Isu yang Diketengahkan:
Kenaikan kos sara hidup melalui peluasan SST dan tarif elektrik.
Penyelewengan institusi kehakiman di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.
Kes rasuah yang berlarutan, termasuk yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.
Penangguhan saman sivil terhadap PM Anwar berkaitan kes seksual.
Peningkatan yuran mahasiswa dan janji palsu PTPTN.
Kebebasan bersuara yang semakin terhakis.
Kematian semangat reformasi yang dahulunya dilaungkan.
GAMIS turut menegaskan bahawa himpunan ini bukan semata-mata milik mahasiswa, sebaliknya milik semua rakyat yang cintakan keadilan dan kebebasan.
Presiden GAMIS turut menyampaikan mesej khusus kepada para penjawat awam agar tidak takut untuk bersama rakyat, menegaskan bahawa perlembagaan negara menjamin hak bersuara rakyat.
“Kalian bukan hamba kepada pemerintah yang zalim,” ujar beliau sambil mengesyorkan pemakaian pelitup muka dan jaket hitam sebagai langkah keselamatan.
Maklumat Himpunan:
Tarikh: Jumaat, 26 Julai 2025 Masa: 1.30 petang Tempat Berkumpul: Pasar Seni Destinasi Perarakan: Dataran Merdeka
Azamuddin menutup kenyataan dengan menyeru seluruh “kaki demonstrasi” dan rakyat prihatin untuk bersiap siaga dan memastikan kehadiran.
“Ini janji kita – perarakan akan tetap terjadi walau apa sekalipun!”
Kepercayaan Tak Pernah Luntur – PM Lantik Semula Shabery Pengerusi FELDA
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA.
Pelantikan semula ini menandakan keyakinan berterusan kerajaan terhadap kepimpinan beliau yang telah menunjukkan rekod cemerlang dalam memperkasakan warga peneroka serta memperkukuh struktur organisasi FELDA.
Dalam kenyataan rasmi, Dato’ Sri Ahmad Shabery merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang terus diberikan untuk menerajui institusi penting dalam landskap pembangunan luar bandar negara ini.
“Saya amat menghargai kepercayaan ini dan akan terus komited membawa FELDA ke arah masa depan yang lebih mapan, inovatif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujar beliau.
Pelantikan semula ini turut disambut baik oleh pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA yang menaruh keyakinan terhadap wawasan, pengalaman luas dan dedikasi tinggi Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam memperjuangkan nasib warga peneroka serta memperkukuh daya saing FELDA di peringkat nasional dan antarabangsa.
Di bawah teraju beliau, FELDA dijangka akan terus mengekalkan momentum pemulihan dan transformasi strategik melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, inovasi pertanian serta pemerkasaan generasi baharu FELDA.
SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 telah membuat keputusan melantik DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah sebagai Pengerusi MKI, bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 9 Mac 2024 dan berakhir 8 Mac 2026.
2. Perlantikan Baginda adalah untuk menggantikan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun. Walaupun terdapat titah gesaan daripada DYMM Raja-Raja agar Baginda menyambung khidmat yang mulia dan cemerlang selama dua tahun lagi, Baginda bertegas untuk mengundur diri, supaya tugas dan peranan penting sebagai Pengerusi MKI dipertanggungkan kepada seorang Raja lain, dengan menghujahkan bahwa tugas serta amanah yang besar itu dipertanggungkan secara bergilir-gilir yang melambangkan semangat kebersamaan tanggungjawab dalam kalangan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing untuk menjaga dan memelihara agama Islam menurut yang termaktub dalam perlembagaan.
3. DYMM Raja-Raja menghargai kehendak dan asbab Baginda untuk tidak berkenan dilantik semula.
4. Seterusnya DYMM Raja-Raja telah memperkenankan agar DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, menjadi Pengerusi MKI. Baginda menyambut keputusan DYMM Raja-Raja untuk meneruskan khidmat bakti cemerlang DYMM Sultan Selangor dengan harapan akan dapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada DYMM Raja-Raja disamping memohon mendapat petunjuk llahi untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi MKI.
(SYED DANIAL) Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, 30 April 2024 / 21 Syawal 1445
TITAH ADDENDUM YDPA TERHADAP PENGAMPUNAN DS NAJIB, ADAKAH YDPA TERIKAT KEPADA NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN, PEGUAM NEGARA ATAU MANA-MANA KUASA PEMERINTAHAN EKSEKUTIF?
Berkait Titah Addendum (tambahan) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita rujuk peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana berikut:-
Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; "Yang Dipertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya."
Perkara 42 (4) (a) menyebut; "Kuasa yang disebut dalam Perkara ini adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40"
Perkara 42 (9) pula menyebut; "Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu."
Jelas menunjukkan bahawa Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan di bawah peruntukan ini. Kuasa ini diberikan kepada Yang Dipertuan Agong, BUKAN kepada Lembaga Pengampunan. Lembaga hanya memberi guideline sahaja. KUASA MEMUTUSKAN ADA PADA YANG DIPERTUAN AGONG.
Lembaga Pengampunan boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara, pengampunan penuh, penundaan hukuman atau melegakan (mengurangkan hukuman).
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh terhadap proses pengampunan. Proses ini bukanlah proses keadilan seperti di Mahkamah, melibatkan perbincangan soal betul atau salah tetapi proses memberikan keampunan, kemaafan, dan lebih kepada ihsan Yang Dipertuan Agong terhadap seseorang pesalah yang telah disabitkan kesalahan.
Maka, proses ini tidak terikat kepada mana-mana nasihat, perbincangan atau sokongan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengampunan, tetapi kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dalam menjalankan kuasanya yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Isu ini pernah ditimbulkan sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh (full pardon) oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu dan dalam kes Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Khairul Azam, telah diputuskan bahawa ia adalah budi bicara Yang Dipertuan Agong setelah mendengar nasihat pelbagai pihak, terutamanya Lembaga Pengampunan dan Peguam Negara.
Dalam Perlembagaan Persekutuan pula tiada had masa, tidak ada jumlah berapa kali Yang Dipertuan Agong boleh membuat keputusan dan dalam bentuk bagaimana prosedur dijalankan.
Maka, tidak perlu pihak-pihak mengelak dari menjawab isu ini dan mempertikaikan Titah Addendum Yang Dipertuan Agong terhadap proses pengampunan Dato' Sri Najib.
Jika benar titah pelaksanaan hukuman di rumah itu wujud, maka sewajarnya titah baginda dihormati sebagai pengiktirafan kuasa-kuasa baginda di dalam perlembagaan.
Jangan pula persoalkan kenapa titah itu ditambah selepas selesai Lembaga Pengampunan bersidang. Persidangan atau Mesyuarat Lembaga tidak lebih sekadar menasihati, bukan mengambil alih kuasa pengampunan dan kuasa membuat keputusan oleh Yang Dipertuan Agong.
NIK SAIFUL ADLI BURHAN Peguambela & Peguamcara Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan.
KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRAWATI PUTRA MALAYSIA Oleh: Nurhafizah Jamalludin 19 Disember 2022 (Isnin)
Usaha mengekang jangkitan HIV kepada pesakit baharu dalam kalangan ahli keluarga rapat yang telah menghidap HIV Positif adalah satu usaha yang baik. Namun, untuk diperbesarkan sebagai satu rawatan normal di Malaysia ia perlu dibincang dengan lebih panjang dengan mengambil kira keutamaan mengekang individu berisiko meninggalkan perbuatan berisiko tinggi tersebut dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dari aspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral lebih-lebih lagi berkaitan aspek keagamaan masing-masing.
Program rintis penggunaan PreP yang Menteri Kesihatan uar-uarkan beberapa hari lalu membuka ruang kepada golongan LGBT atau pengamal seks bebas untuk berasa semakin selesa dan berkebajikan sekali gus membiakkan lagi kegiatan homoseksual secara tidak langsung. Sedangkan rawatan yang akan dibelanjakan menggunakan dana awam yang terhad dengan keadaan hutang negara yang terlalu tinggi itu boleh di indahkan kepada rawatan penyakit yang lebih kritikal, penyakit sejak lahir atau penyakit yang tidak berjangkit yang lain.
Penggunaan PreP ini juga bukanlah kegunaan masyarakat secara meluas melainkan kegunaan golongan minoriti yang mengamalkan seks songsang atau seks anal. Justeru, Wirawati bantah fokus kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pembiayaan ubat PrEP walaupun bukanlah bertujuan untuk memberi galakan kepada golongan homoseksual ini terus mengamalkan perbuatan mereka, tetapi supaya dana awam yang datang dari wang pembayaran cukai dapat dimanfaatkan kepada perbelanjaan yang lebih utama melibatkan majoriti masyarakat.
Wirawati juga menggesa kerajaan Malaysia boleh memulakan kempen mengharamkan segala bentuk simbol atau lambang yang menyokong kepada golongan LGBT di dalam negara ini seperti mana yang telah ditegaskan Duta bagi Piala Dunia di Qatar bagi menunjukkan komitmen negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
AATV MEDIA
Janji Reformasi Tinggal Retorik: PUTRA Seru Rakyat Bangkit pada 26 Julai!
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Parti Putra (PUTRA) hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia, termasuk penjawat awam, untuk melihat secara objektif kegagalan nyata pentadbiran kerajaan semasa dalam mengurus tadbir negara, khususnya dari sudut kos sara hidup dan tekanan ekonomi rakyat.
Ahli Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Biro Ekonomi dan Sara Hidup Bumiputera, Dr. Mohamad Izwan Bin Zainal, dalam satu kenyataan tegas menyatakan bahawa kerajaan kini bukan sahaja gagal menunaikan janji-janji reformasi, malah terus membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos yang menjejaskan kesejahteraan hidup.
“Sudah tiba masanya kita berpijak di bumi nyata dan mengakui bahawa pentadbiran kerajaan semasa telah gagal secara jelas dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan kehidupan rakyat,” katanya.
Menurut beliau, meskipun statistik rasmi menunjukkan kadar inflasi terkawal, realiti di lapangan membuktikan sebaliknya. Rakyat di pelbagai lapisan – tanpa mengira kaum, agama atau kelas sosial – terpaksa menanggung kos barangan dan perkhidmatan asas yang semakin melambung.
Kenyataan itu turut menyentuh bahawa naratif politik dan kenyataan media kerajaan tidak lagi mampu menyembunyikan kelemahan ketara dalam pengurusan ekonomi negara.
PUTRA turut menyeru rakyat agar menyatakan solidariti bersama mereka pada 26 Julai ini, sebagai tanda tuntutan terhadap perubahan kepimpinan negara yang lebih telus, adil dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
“Tuntutan ini bukan semata-mata isu politik, tetapi tanggungjawab kolektif untuk menyelamatkan Malaysia daripada kegagalan pentadbiran yang berterusan,” tegas Dr. Izwan.
PUTRA dalam mesejnya menyeru agar sentimen peribadi diketepikan demi masa depan negara yang lebih baik, sekali gus membuktikan bahawa suara rakyat masih ampuh dalam mencorak perubahan.
#PUTRAPerkasaNegara #TuntutPerubahan #RakyatBangkit #KerajaanGagal #KosSaraHidup #26JulaiTurun #ReformasiGagal #SuaraRakyat #SelamatkanMalaysia #KeadilanUntukRakyat
11 months ago | [YT] | 14
View 6 replies
AATV MEDIA
#TurunAnwar: Mahasiswa, Rakyat Bakal Gegar Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengumumkan penyertaan rasmi mereka dalam Himpunan #TurunAnwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025, bermula di Pasar Seni dan berarak ke Dataran Merdeka. Seruan terbuka turut disampaikan kepada seluruh mahasiswa, mantan aktivis pelajar, penjawat awam, dan rakyat Malaysia untuk turut serta menyuarakan bantahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai kezaliman pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden GAMIS, Muhammad Azamuddin bin Sahar, menyatakan bahawa kehadiran mahasiswa dalam himpunan ini merupakan lambang penolakan terhadap penindasan dan salah guna kuasa yang semakin membelenggu rakyat.
“Siri demonstrasi dan himpunan rakyat bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem demokrasi. Kami akan hadir dan gegarkan Kuala Lumpur pada 26 Julai ini!” katanya dalam kenyataan rasmi GAMIS hari ini.
Antara Isu yang Diketengahkan:
Kenaikan kos sara hidup melalui peluasan SST dan tarif elektrik.
Penyelewengan institusi kehakiman di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.
Kes rasuah yang berlarutan, termasuk yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.
Penangguhan saman sivil terhadap PM Anwar berkaitan kes seksual.
Peningkatan yuran mahasiswa dan janji palsu PTPTN.
Kebebasan bersuara yang semakin terhakis.
Kematian semangat reformasi yang dahulunya dilaungkan.
GAMIS turut menegaskan bahawa himpunan ini bukan semata-mata milik mahasiswa, sebaliknya milik semua rakyat yang cintakan keadilan dan kebebasan.
Presiden GAMIS turut menyampaikan mesej khusus kepada para penjawat awam agar tidak takut untuk bersama rakyat, menegaskan bahawa perlembagaan negara menjamin hak bersuara rakyat.
“Kalian bukan hamba kepada pemerintah yang zalim,” ujar beliau sambil mengesyorkan pemakaian pelitup muka dan jaket hitam sebagai langkah keselamatan.
Maklumat Himpunan:
Tarikh: Jumaat, 26 Julai 2025
Masa: 1.30 petang
Tempat Berkumpul: Pasar Seni
Destinasi Perarakan: Dataran Merdeka
Azamuddin menutup kenyataan dengan menyeru seluruh “kaki demonstrasi” dan rakyat prihatin untuk bersiap siaga dan memastikan kehadiran.
“Ini janji kita – perarakan akan tetap terjadi walau apa sekalipun!”
#TurunAnwar #GAMIS2025 #MahasiswaBangkit #ReformasiMati #HimpunanRakyat #LawanTetapLawan #DataranMerdeka #RakyatTolakZalim #26Julai #AnwarUndur
11 months ago | [YT] | 40
View 29 replies
AATV MEDIA
Kepercayaan Tak Pernah Luntur – PM Lantik Semula Shabery Pengerusi FELDA
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA.
Pelantikan semula ini menandakan keyakinan berterusan kerajaan terhadap kepimpinan beliau yang telah menunjukkan rekod cemerlang dalam memperkasakan warga peneroka serta memperkukuh struktur organisasi FELDA.
Dalam kenyataan rasmi, Dato’ Sri Ahmad Shabery merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang terus diberikan untuk menerajui institusi penting dalam landskap pembangunan luar bandar negara ini.
“Saya amat menghargai kepercayaan ini dan akan terus komited membawa FELDA ke arah masa depan yang lebih mapan, inovatif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujar beliau.
Pelantikan semula ini turut disambut baik oleh pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA yang menaruh keyakinan terhadap wawasan, pengalaman luas dan dedikasi tinggi Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam memperjuangkan nasib warga peneroka serta memperkukuh daya saing FELDA di peringkat nasional dan antarabangsa.
Di bawah teraju beliau, FELDA dijangka akan terus mengekalkan momentum pemulihan dan transformasi strategik melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, inovasi pertanian serta pemerkasaan generasi baharu FELDA.
#AhmadShabery #FELDA2025 #MalaysiaMADANI #PenerokaFELDA #KepimpinanBerwibawa #TransformasiFELDA #EkonomiLuarBandar #ShaberyKembali #FELDASejahtera #FELDAUntukRakyat
11 months ago | [YT] | 5
View 3 replies
AATV MEDIA
PUTRA bantah lesen media sosial..
1 year ago | [YT] | 18
View 5 replies
AATV MEDIA
Macam² cara dah scammer guna untuk scam orang... Terbaru guna AI DS Siti Nurhaliza untuk scam orang ramai 😓😢
Sumber - Aliff Channel
1 year ago | [YT] | 1
View 0 replies
AATV MEDIA
Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
Sumber: Harian Metro
1 year ago | [YT] | 2
View 0 replies
AATV MEDIA
SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN
PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 telah membuat keputusan melantik DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah sebagai Pengerusi MKI, bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 9 Mac 2024 dan berakhir 8 Mac 2026.
2. Perlantikan Baginda adalah untuk menggantikan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun. Walaupun terdapat titah gesaan daripada DYMM Raja-Raja agar Baginda menyambung khidmat yang mulia dan cemerlang selama dua tahun lagi, Baginda bertegas untuk mengundur diri, supaya tugas dan peranan penting sebagai Pengerusi MKI dipertanggungkan kepada seorang Raja lain, dengan menghujahkan bahwa tugas serta amanah yang besar itu dipertanggungkan secara bergilir-gilir yang melambangkan semangat kebersamaan tanggungjawab dalam kalangan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing untuk menjaga dan memelihara agama Islam menurut yang termaktub dalam perlembagaan.
3. DYMM Raja-Raja menghargai kehendak dan asbab Baginda untuk tidak berkenan dilantik semula.
4. Seterusnya DYMM Raja-Raja telah memperkenankan agar DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, menjadi Pengerusi MKI. Baginda menyambut keputusan DYMM Raja-Raja untuk meneruskan khidmat bakti cemerlang DYMM Sultan Selangor dengan harapan akan dapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada DYMM Raja-Raja disamping memohon mendapat petunjuk llahi untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi MKI.
(SYED DANIAL)
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
30 April 2024 / 21 Syawal 1445
2 years ago | [YT] | 26
View 2 replies
AATV MEDIA
TITAH ADDENDUM YDPA TERHADAP PENGAMPUNAN DS NAJIB, ADAKAH YDPA TERIKAT KEPADA NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN, PEGUAM NEGARA ATAU MANA-MANA KUASA PEMERINTAHAN EKSEKUTIF?
Berkait Titah Addendum (tambahan) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita rujuk peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana berikut:-
Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut;
"Yang Dipertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya."
Perkara 42 (4) (a) menyebut;
"Kuasa yang disebut dalam Perkara ini adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40"
Perkara 42 (9) pula menyebut;
"Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu."
Jelas menunjukkan bahawa Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan di bawah peruntukan ini. Kuasa ini diberikan kepada Yang Dipertuan Agong, BUKAN kepada Lembaga Pengampunan. Lembaga hanya memberi guideline sahaja. KUASA MEMUTUSKAN ADA PADA YANG DIPERTUAN AGONG.
Lembaga Pengampunan boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara, pengampunan penuh, penundaan hukuman atau melegakan (mengurangkan hukuman).
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh terhadap proses pengampunan. Proses ini bukanlah proses keadilan seperti di Mahkamah, melibatkan perbincangan soal betul atau salah tetapi proses memberikan keampunan, kemaafan, dan lebih kepada ihsan Yang Dipertuan Agong terhadap seseorang pesalah yang telah disabitkan kesalahan.
Maka, proses ini tidak terikat kepada mana-mana nasihat, perbincangan atau sokongan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengampunan, tetapi kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dalam menjalankan kuasanya yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Isu ini pernah ditimbulkan sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh (full pardon) oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu dan dalam kes Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Khairul Azam, telah diputuskan bahawa ia adalah budi bicara Yang Dipertuan Agong setelah mendengar nasihat pelbagai pihak, terutamanya Lembaga Pengampunan dan Peguam Negara.
Dalam Perlembagaan Persekutuan pula tiada had masa, tidak ada jumlah berapa kali Yang Dipertuan Agong boleh membuat keputusan dan dalam bentuk bagaimana prosedur dijalankan.
Maka, tidak perlu pihak-pihak mengelak dari menjawab isu ini dan mempertikaikan Titah Addendum Yang Dipertuan Agong terhadap proses pengampunan Dato' Sri Najib.
Jika benar titah pelaksanaan hukuman di rumah itu wujud, maka sewajarnya titah baginda dihormati sebagai pengiktirafan kuasa-kuasa baginda di dalam perlembagaan.
Jangan pula persoalkan kenapa titah itu ditambah selepas selesai Lembaga Pengampunan bersidang. Persidangan atau Mesyuarat Lembaga tidak lebih sekadar menasihati, bukan mengambil alih kuasa pengampunan dan kuasa membuat keputusan oleh Yang Dipertuan Agong.
NIK SAIFUL ADLI BURHAN
Peguambela & Peguamcara
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan.
#PokNikLi
#BukanSekadarPeguam
www.nasionaldaily.com/2024/04/22/titah-tambahan-ad…
2 years ago | [YT] | 32
View 33 replies
AATV MEDIA
KENYATAAN MEDIA
KETUA PERGERAKAN WIRAWATI PUTRA MALAYSIA
Oleh: Nurhafizah Jamalludin
19 Disember 2022 (Isnin)
Usaha mengekang jangkitan HIV kepada pesakit baharu dalam kalangan ahli keluarga rapat yang telah menghidap HIV Positif adalah satu usaha yang baik. Namun, untuk diperbesarkan sebagai satu rawatan normal di Malaysia ia perlu dibincang dengan lebih panjang dengan mengambil kira keutamaan mengekang individu berisiko meninggalkan perbuatan berisiko tinggi tersebut dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dari aspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral lebih-lebih lagi berkaitan aspek keagamaan masing-masing.
Program rintis penggunaan PreP yang Menteri Kesihatan uar-uarkan beberapa hari lalu membuka ruang kepada golongan LGBT atau pengamal seks bebas untuk berasa semakin selesa dan berkebajikan sekali gus membiakkan lagi kegiatan homoseksual secara tidak langsung. Sedangkan rawatan yang akan dibelanjakan menggunakan dana awam yang terhad dengan keadaan hutang negara yang terlalu tinggi itu boleh di indahkan kepada rawatan penyakit yang lebih kritikal, penyakit sejak lahir atau penyakit yang tidak berjangkit yang lain.
Penggunaan PreP ini juga bukanlah kegunaan masyarakat secara meluas melainkan kegunaan golongan minoriti yang mengamalkan seks songsang atau seks anal. Justeru, Wirawati bantah fokus kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pembiayaan ubat PrEP walaupun bukanlah bertujuan untuk memberi galakan kepada golongan homoseksual ini terus mengamalkan perbuatan mereka, tetapi supaya dana awam yang datang dari wang pembayaran cukai dapat dimanfaatkan kepada perbelanjaan yang lebih utama melibatkan majoriti masyarakat.
Wirawati juga menggesa kerajaan Malaysia boleh memulakan kempen mengharamkan segala bentuk simbol atau lambang yang menyokong kepada golongan LGBT di dalam negara ini seperti mana yang telah ditegaskan Duta bagi Piala Dunia di Qatar bagi menunjukkan komitmen negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
3 years ago | [YT] | 2
View 0 replies