Transirama: Melodi Luar, Jiwa Tempatan.
Selamat datang ke Transirama! Di sini, kami merapatkan jurang bahasa melalui muzik. Kami membawakan lagu-lagu hits antarabangsa dari Barat (English), Korea (K-Pop), Jepun (J-Pop), dan pelbagai pelosok dunia dalam versi Bahasa Melayu yang puitis dan segar.
Matlamat kami adalah untuk menyampaikan maksud setiap lirik global ke dalam rasa yang lebih dekat dengan hati kita.
Jangan lupa Subscribe dan tekan loceng untuk 'Transirama' yang seterusnya!
#Transirama #CoverMelayu #TranslatedCovers #LirikMelayu
Transirama
Malam ni ye guys.
8.45 pm.
1 day ago | [YT] | 18
View 7 replies
Transirama
Sorry guys. Hari ni tak ada release cover Melayu. Santai instrumental sahaja. Agak sibuk beberapa minggu ni. Maaf sangat2 tak dapat penuhi request buat masa ini.
1 week ago | [YT] | 21
View 2 replies
Transirama
3 weeks ago | [YT] | 19
View 2 replies
Transirama
Upcoming project. Maaf kalau ada request yang belum ditunaikan. Banyak cover dah lama buat tak sempat nak jadikan video.
4 weeks ago | [YT] | 35
View 8 replies
Transirama
Buat pendengar Transirama, admin nak khabarkan berita gembira. Kami baru je dapat akses untuk YouTube Supers (Super Chat, Super Stickers & Super Thanks)!
Lepas ni, kalau korang rasa nak belanja kitorang "kopi" sambil layan lagu-lagu cover AI Toku/Anime kat sini, korang dah boleh guna butang "Thanks" kat bawah setiap video.
Segala sumbangan kami akan guna untuk upgrade kualiti AI dan buat lebih banyak lagu nostalgia untuk korang. Terima kasih sebab terus menyokong Transirama! ❤️
#Transirama #YouTubeSupers #AICover #LaguAnimeMalay
3 months ago | [YT] | 19
View 7 replies
Transirama
3 months ago | [YT] | 23
View 5 replies
Transirama
Admin ingin buat satu pengakuan dengan yang masih setia mendengar cover di Transirama. Kebanyakan lagu cover dalam channel ini sebenarnya ada copyright claim. Ini bermakna semua hasil iklan pergi kepada owner lagu asal, bukan kepada saya. Dan ini juga bermaksud channel ini berpotensi dengan risiko copyright strike bila-bila masa. 😅
Terus terang, kami di Transirama menghasilkan cover-cover ini sebab minat dan nostalgia. Namun, untuk teruskan kualiti translation & AI visual ni, admin perlukan sokongan korang.
Jadi sekarang Transirama sudah ada Ko-fi page! Ada dua cara korang boleh support survival channel ni:
☕ 1. Belanja Kopi (One-off Support)
Kalau korang cuma nak belanja admin minum kopi sebagai tanda terima kasih, korang boleh "Tip" berapa-berapa nilai yang korang ikhlas.
Dapat apa? Korang akan dapat akses ke Wallpapers HD (Artwork AI) yang admin guna dalam video tu sebagai hadiah peribadi!
🌟 2. Join Membership (Monthly Support)
Untuk yang nak jadi sebahagian dari "keluarga" Transirama dan support setiap bulan, korang akan unlock "Transirama Vault":
✅ Download Audio HQ: Dapat file WAV/MP3 kualiti studio (lebih sedap dari YouTube).
✅ The "Unreleased" Collection: Akses eksklusif ke folder lagu-lagu cover simpanan admin yang tak pernah & tak akan release di YouTube. (Banyak giler stok ni!)
✅ Kuasa Veto: Korang boleh vote lagu apa admin patut buat seterusnya.
✅ Early Access: Dengar lagu baru 24 jam sebelum public.
Jom pilih cara support korang di sini: ko-fi.com/transirama
Terima kasih sebab support industri creative local! 🇲🇾
3 months ago (edited) | [YT] | 19
View 5 replies
Transirama
Akhirnya musim cuti telah tiba. Tidak lama lagi bulan Ramadhan pun bakal tiba. Jadi Admin nak cuba pickup balik dan cuba penuhi request semampu mungkin. Dalam bulan puasa kalau boleh nak berehat dari alam maya seketika. jadi mungkin slow sikit masa ni. Admin ambil kesempatan ingin memohon maaf andai ada request yang admin masih belum penuhi dan lambat upload. Kalau boleh, nak juga penuhi rasa nostalgia yang mengimbau semua yang mendengar di channel ini.
Admin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda dan setia mendengar lagu cover di channel ini walaupun sekadar AI sahaja. Hakikatnya dah lama kita menantikan bakat-bakat tempatan yang boleh Cover lagu cerita kegemaran kita dari seberang dalam bahasa kita. Indonesia dah lama buat. Mungkin suatu hari nanti, dah ada yang mula buat sendiri dengan hasil tangan sendiri tanpa mengharap AI, admin dah boleh pelan-pelan mengundur diri.
Sekali lagi, terima kasih semua atas 1000 subs dalam tempoh yang sangat singkat. Kalau ada rezeki boleh monetize, boleh la admin cuba upgrade sikit-sikit video akan datang.
3 months ago | [YT] | 37
View 6 replies
Transirama
Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menonton dan menyokong cover lagu dalam bahasa Melayu. Namun, admin mahu mengambil kesempatan untuk mengudur diri dan berehat seketika. Namun, jangan risau. Admin dalam sedaya upaya cuba memenuhi hasrat semua yang meninggalkan komen untuk mendengar lagu-lagu kegemaran masing-masing didendangkan dalam bahasa melayu. Admin mohon maaf kerana tak mampu nak penuhi semua permintaan buat masa ini kerana kekangan masa. Sekarang Admin nak himpun dulu lagu-lagu request yang korang teringin nak dengar. Korang boleh vote atau tinggalkan komen di bawah.
4 months ago | [YT] | 25
View 7 replies
Transirama
Maaf ye semua. Petang ni tak ada release. Kami janjikan esok dua buah lagu.
4 months ago | [YT] | 12
View 4 replies
Load more