Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan.
Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu semasa dan alam sekitar, yang menekankan nilai-nilai progresif dan kelestarian.
Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa, video explainer Lebih Maklumat dan siri vlog Terlebih Masa.
Ada juga siri podcast bahasa Inggeris, Overtime.
Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.
Lebih Masa
Lawak bukan sekadar untuk menghiburkan.
Bersama Mad Sabah, Lebih Masa Episod 99 mengupas cabaran sebagai pelawak stand-up, batas kebebasan berkarya serta mengapa kandungan berunsur kritikan sosial sering berdepan penolakan.
Saksikan Lebih Masa Episod 99 pada Isnin, 29 Jun, jam 9.00 malam di saluran YouTube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa.
2 days ago | [YT] | 127
View 4 replies
Lebih Masa
Parti baharu muncul, tokoh politik berpindah parti, PRN semakin hampir.
Adakah ini petanda landskap politik Malaysia sedang berubah?
Dalam episod baharu kali ini, kami mengupas kemunculan Parti Wawasan Nasional, penyertaan beberapa tokoh politik ke dalam PAS, perkembangan PRN serta pelbagai isu semasa yang sedang menjadi perhatian rakyat.
Tonton Lebih Masa Episod 98 di saluran YouTube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa pada 22 Jun, 9 Malam.
#lebihmasa #politikmalaysia #isusemasa #prnjohor
1 week ago | [YT] | 162
View 7 replies
Lebih Masa
🎉 40,000 SUBSCRIBERS! 🎉
Lebih Masa kini rasmi mencecah 40,000 subscribers di YouTube!
Terima kasih kepada setiap penonton yang menonton, subscribe, like, comment dan share. Sokongan anda amat bermakna buat kami.
Jumpa di episod seterusnya.
#lebihmasa #40ksubscribers #youtube
1 week ago | [YT] | 529
View 11 replies
Lebih Masa
Adakah Malaysia benar-benar menghargai industri kreatif?
Bersama Datuk Ahmad Izham Omar, kami membincangkan masa depan industri kreatif Malaysia, cabaran yang dihadapi penggiat seni serta mengapa sektor ini perlu diberi perhatian yang lebih serius.
Tonton Lebih Masa Episod 97 di saluran YouTube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa pada 18 Jun, 9 malam.
#LebihMasa #IndustriKreatif #SeniMalaysia
1 week ago | [YT] | 72
View 3 replies
Lebih Masa
Pelawak boleh masuk politik, tapi cukupkah sekadar popular?
Bersama Mamat Sepah, kami berbincang tentang dunia hiburan, podcast, politik semasa serta perjalanan hidup yang membentuk dirinya hari ini.
Daripada kisah Sepah, kontroversi, persahabatan hingga soal peranan selebriti dalam politik, perbualan ini lebih mendalam daripada yang anda sangkakan.
Tonton Lebih Masa Episod 96 di saluran Youtube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa pada 15 Jun, 9.00 malam
#lebihmasa #mamatsepah #pelawakmalaysia #podcastmalaysia
2 weeks ago | [YT] | 136
View 3 replies
Lebih Masa
Johor dan Negeri Sembilan sudah bubar.
Kini persoalannya, siapakah yang bakal menjadi pilihan rakyat?
Dalam episod terbaru Lebih Masa, kami mengupas percaturan parti-parti utama menjelang pilihan raya negeri, di samping membincangkan beberapa isu hangat yang mencuri perhatian minggu ini.
Tonton episod penuh Lebih Masa Episod 95 di saluran Youtube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa pada 8 Jun, 9 malam.
3 weeks ago | [YT] | 243
View 25 replies
Lebih Masa
Makin ramai pelajar dapat straight A dalam SPM.
Tapi adakah generasi hari ini semakin cemerlang, atau sistem penggredan yang telah berubah?
Bersama Dr. Othman Talib, mengupas isu pendidikan, lambakan gred A, beban guru, STEM, TVET dan masa depan pendidikan Malaysia.
Ikuti perbincangan penuh Lebih Masa Episod 94 di saluran Youtube, Spotify dan Apple Podcast Lebih Masa pada 4 Jun, 9 malam.
3 weeks ago | [YT] | 141
View 4 replies
Lebih Masa
Adakah AJL masih ukuran kejayaan seorang pemuzik?
Malam ini, Ilham Pitahati berkongsi pandangan terus terang tentang industri muzik Malaysia, cabaran pemuzik alternatif, pengaruh AI, media sosial dan persoalan mengapa nama yang sama sering mendominasi pentas utama.
Lebih Masa Episod 93: “Balik-balik Orang yang Sama. Apa Perlunya Nak Masuk AJL?”
9.00 malam ini.
1 month ago | [YT] | 102
View 9 replies
Lebih Masa
Salam Aidiladha✨
Di sebalik takbir yang bergema, terselit doa-doa yang tidak pernah putus.
Semoga Aidiladha ini membawa pulang tenang yang dicari dan segala pengorbanan serta doa kita diterima oleh-Nya.
Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di Lebih Masa.
#lebihmasa #aidiladha
1 month ago | [YT] | 121
View 1 reply
Lebih Masa
What does real climate leadership look like in Malaysia today?
On Overtime Episode 2, climate advocate Sunita Rajakumar joins the conversation to share her insights on ESG, sustainability, climate accountability, and the growing challenge of greenwashing. Beyond the boardroom, she also reflects on her upbringing as the daughter of the late Dr Rajakumar — political activist and former Labour Party leader — whose legacy was once honoured through a poem dedicated by National Laureate Usman Awang.
A timely and thought-provoking discussion on leadership, public service, and the future of a more sustainable Malaysia. Watch Overtime Episode 2 premiering tonight at 9:00 PM.
1 month ago | [YT] | 78
View 0 replies
Load more